Jumaat, 9 Februari 2018 | 7:13pm
PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif UniKL, Prof Datuk Dr Mazliham Mohd Su'ud (tiga dari kanan) bersama pemain UniKL di Stadium Hoki Tengku Abdullah Shah, Bangi. - Foto Zulfadhli Zulkifli
PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif UniKL, Prof Datuk Dr Mazliham Mohd Su'ud (tiga dari kanan) bersama pemain UniKL di Stadium Hoki Tengku Abdullah Shah, Bangi. - Foto Zulfadhli Zulkifli

UniKL tak mahu malu

BANGI: Universiti Kuala Lumpur (UniKL) melakukan keputusan mengejut apabila buat pertama kali tidak akan menghantar pasukan menyertai Liga Hoki Remaja Malaysia bermula 24 Februari ini. 

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif UniKL, Prof Datuk Dr Mazliham Mohd Su'ud yang menegaskan pihaknya kini mahu menumpukan kepada aspek pembangunan. 

PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif UniKL, Prof Datuk Dr Mazliham Mohd Su'ud (barisan belakang) bersama Presiden Hoki UniKL, Datuk Amir Azhar Ibrahim (kanan, barisan belakang) dan pemain hoki UniKL di Stadium Hoki Tengku Abdullah Shah, Bangi. - Foto Zulfadhli Zulkifli

"Selain memberi fokus kepada aspek pembangunan pemain dari peringkat umur bawah 12, 14 dan 16 tahun, kami juga mahu memberi fokus kepada pasukan senior. 

"Kami akan menghantar semula pasukan apabila sudah bersiap sedia sepenuhnya seperti sebelum ini.

"Tak guna jika kita menghantar pasukan tetapi mengalami kekalahan yang besar kerana ia hanya akan memalukan nama UniKL saja," katanya. 

Untuk rekod, UniKL pernah muncul juara liga Divisyen Satu pada 2011 serta Piala Milo atau piala keseluruhan setahun sebelum itu. 

Dalam perkembangan lain, Mazliham berkata, UniKL bakal mempunyai gelanggang sendiri selepas stadium milik institusi itu yang dinamakan Stadium Tengku Abdullah Shah dijangka beroperasi sepenuhnya, April depan. 

Stadium yang menelan belanja sebanyak RM11.6 juta itu mampu memuatkan 800 penonton serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk lampu limpah. 

"Selain sebagai pusat latihan untuk pasukan UniKL, kami juga akan menganjurkan klinik latihan bermain hoki kepada pelajar sekolah di sekitar tempat ini untuk menambah lagi minat mereka terhadap sukan hoki," katanya.

Berita Harian X