Ahad, 19 November 2017 | 8:09pm
SEBAHAGIAN kanak-kanak yang mengambil bahagian Klinik Juara MILO ceria pada kemuncak program di Kuala Lumpur.
SEBAHAGIAN kanak-kanak yang mengambil bahagian Klinik Juara MILO ceria pada kemuncak program di Kuala Lumpur.

1,068 kanak-kanak sertai Klinik Juara MILO

KUALA LUMPUR: Seramai 1,068 murid berusia dari tujuh hingga 11 tahun terbabit dalam program Klinik Juara MILO yang bermula sejak awal tahun ini.

Program membabitkan enam jenis sukan iaitu futsal, badminton, hoki, bowling, bola jaring dan bola keranjang itu meliputi 35 sesi latihan di seluruh negara.

"Ini sampai kepada penghujungnya dan kita sudah mencapai sasaran. Paling penting adalah kami mahu menerapkan dalam minda mereka bahawa sukan memberikan banyak pengalaman, bagus untuk kesihatan serta nilai yang murni lain seperti disiplin dan keberanian," kata Pegawai Pemasaran Bahagian Sukan MILO, Ahmad Fadhly Shah Indra Gunawan.

Menurut Ahmad Fadhly, antara matlamat utama program ini diadakan adalah susulan masalah berat badan pada peringkat umur tujuh hingga 12 tahun dengan hanya 22 peratus saja yang aktif bersukan.

"Jadi itu masalah yang kami nampak dan jika hendak melentur buluh, biarlah dari rebung. Ini adalah umur yang sesuai untuk membudayakan gaya hidup yang sihat," katanya.

Program Klinik Juara MILO bermula pada tahun 2015 dengan hanya membabitkan enam sesi latihan namun berkembang kepada 15 sesi latihan pada tahun lalu seterusnya mencapai 35 sesi latihan tahun ini.

"Setiap tahun kita akan mencari jalan untuk meningkatkan program yang akan dipelajari peserta. Contohnya bagi futsal pada tahun ini, mereka akan diberikan program dan latihan dalam lapan sesi bagi lapan minggu. Setiap sesi akan mengambil masa tiga jam yang dijalankan pada hujung minggu.

"Mereka akan mempelajari perkara asas tentang futsal dari awal dengan bimbingan jurulatih yang bertauliah sehinggalah ke peringkat teknik dan taktikal," tambahnya.

Malah Ahmad Fadhly Shah turut menjelaskan mereka bercadang untuk meningkatkan had umur bagi mewujudkan kesinambungan kepada program ini.

Berita Harian X