Ahad, 19 November 2017 | 8:13am
PEMAIN AS, Austin Cross merakam empat di bawah par 66 menjelang pusingan akhir golf RSM Classic di Sea Island, Georgia, sebentar tadi. - Foto AFP

Cook kekal pendahulu RSM Classic

MIAMI: Austin Cook meraih kelebihan tiga pukulan menjelang pusingan akhir golf RSM Classic, selepas merakam empat di bawah par 66 di Sea Island, Georgia, sebentar tadi.

Pemain baharu Jelajah PGA berusia 26 tahun itu yang mencatat 62 pada Jumaat, menikmati satu lagi hari cemerlang di lapangan Seaside.

Cook memulakan saingan dengan melakukan birdie berturut-turut di dua lubang pertama, sebelum mencatatkan dua lagi pada lubang ketujuh dan kesembilan untuk membolehkannya merekodkan empat di bawah par.


CHRIS Kirk berada di kedudukan kedua merekodkan enam di bawah par 64 dan secara keseluruhan meraih 15 di bawah par 197, selepas merekodkan tujuh birdie dan satu bogey. - Foto AFP

Secara keseluruhan, dia kini mencatat 18 bawah par 194 untuk mendahului saingan dengan kelebihan tiga pukulan ke atas Chris Kirk yang berada di tangga kedua.

Kirk, yang berada di kedudukan kedua merekodkan enam di bawah par 64 dan secara keseluruhan meraih 15 di bawah par 197, selepas merekodkan tujuh birdie dan satu bogey, pagi tadi.

Birdie terakhirnya hadir pada lubang ke-17 apabila dia meleretkan bola dari jarak 29 kaki. Brian Gay pula ketinggalan satu pukulan di belakang Kirk untuk menghuni kedudukan ketiga dengan satu di bawah par 69. - AFP


AKSI Brian Gay yang menghuni kedudukan ketiga dengan satu di bawah par 69. - Foto AFP

Keputusan RSM Classic:

-18 Austin Cook (AS) 66 62 66

-15 Chris Kirk (AS) 63 70 64

-14 Brian Gay (AS) 65 64 69

-13 J.J. Spaun (AS) 67 70 62

-12 Kevin Kisner (AS) 67 68 65

-11 Andrew Landry (AS) 70 64 67; Vaughn Taylor (AS) 67 66 68

-10 Brice Garnett (AS) 65 69 68; Tyler Duncan (AS) 68 70 64; Zach Johnson (AS) 70 68 64; Aaron Wise (AS) 68 69 65; Brian Stuard (AS.) 67 68 67

Berita Harian X