Jumaat, 10 November 2017 | 5:56pm
PATTON Kizzire dari Amerika Syarikatmiliki kelebihan dua pukulan berbanding pesaing di tempat kedua, Vaughn Taylor yang berajya merakam lima birdie dan satu eagle. - Foto AFP

Kizzire muncul pendahulu pusingan pertama

PLAYA DEL CARMEN (MEXICO): Patton Kizzire mencatatkan 10 birdie dan satu bogey untuk merakam sembilan bawah par 62 pukulan sekali gus muncul pendahulu pada pusingan pertama Jelajah PGA OHL Classic.

Kizzire, 31, kini memburu kejuaraan pertama melakukan enam birdie secara berturut-turut bermula dari lubang lapan hingga ke-13 untuk menyamai rekod catatan terendah di pusingan pertama yang dilakukan Fred Funk.

Kizzire yang kini memiliki kelebihan dua pukulan berbanding pesaing di tempat kedua, Vaughn Taylor yang berajya merakam lima birdie dan satu eagle.

Kedudukan Taylor hanya dipisahkan satu pukulan berbanding juara empat kali Jelajah PGA, Rickie Fowler dan Brandon Harkins yang berkongsi kedudukan

ketiga apabila kedua-dua pemain itu merakam 65 pukulan.

Fowler kembali beraksi buat kali pertama sejak Piala Presiden dan muncul pemain ranking tertinggi kalangan pencabar lain melakukan tiga birdie.

Sementara itu, juara dua kali Terbuka Amerika Syarikat, Retief Goosen mengetuai kelompok enam pemain di tempat keempat, 66 pukulan ketika wakil Afrika Selatan itu turut buru kejuaraan pertama sejak 2009.

Juara bertahan, Pat Perez pula membuka saingan kali ini dengan merakam 67 pukulan berkongsi kedudukan dengan sembilan lagi pemain. - AFP

Keputusan

62 - Patton Kizzire

64 - Vaughn Taylor

65 - Rickie Fowler, Brandon Harkins

66 - Austin Cook, Fabian Gomez (ARG), Retief Goosen (RSA), Martin Piller, Keith Mitchell, Zhang Xinjun (CHN)

67 - Ricky Barnes, Scott Brown, Kevin Chappell, John Huh, Kim Si-Woo (KOR), Anirban Lahiri (IND), Carlos Ortiz (MEX), Pat Perez, Chez Reavie, Patrick Rodgers

Berita Harian X