Khamis, 19 Oktober 2017 | 9:48pm
PEMAIN skuad India meraikan gol ketika menentang Malaysia pada aksi kedua round robin Piala Asia di sini, sebentar tadi.
PEMAIN skuad India meraikan gol ketika menentang Malaysia pada aksi kedua round robin Piala Asia di sini, sebentar tadi.

Hari buruk skuad hoki negara

DHAKA: Setiap pasukan ada hari yang buruk dan malangnya Malaysia mengalaminya hari ini apabila dibelasah India 6-2 pada aksi kedua round robin Piala Asia di sini, sebentar tadi.

Bagaimanapun, peluang skuad kebangsaan untuk mara ke final masih belum tertutup, dengan syarat menewaskan Korea Selatan pada aksi terakhir, Sabtu ini.

Dalam aksi sebentar tadi, Malaysia yang bangkit menewaskan Pakistan 3-2 semalam gagal menyaingi India yang meledak enam gol bermula daripada Akashdeep Singh pada minit ke-14, Harmanpreet Singh (m-19), Uthappa Sannuvanda (m-24), Gurjant Singh (m-33), Sunil Sowmarpet (m-40) dan Sardar Singh (m-60).

Jaringan Malaysia pula disumbang Razie Rahim (m-50) dan Ramadan Rosli (m-58).

India mempunyai rekod lebih baik dalam pertemuan dengan Malaysia pada Piala Asia, dengan kedua-dua pasukan pernah bertemu sebanyak tujuh kali dan India memenangi enam perlawanan sementara satu lagi berakhir dengan keputusan seri.

Terdahulu, Pakistan dan Korea Selatan terikat 1-1 dengan Ajar Ahmad terlebih dahulu meletakkan Pakistan di depan pada minit ke-15 sebelum Lee Namyong menjaringkan gol penyamaan buat Korea Selatan pada minit ke-48.

Berita Harian X