Rabu, 18 Oktober 2017 | 10:51pm
PEMAIN Korea Selatan meraikan gol jaringan Lee Jungjun pada minit ke-41 pada pusingan round robin Piala Asia di Dhaka, Bangladesh hari ini.
PEMAIN Korea Selatan meraikan gol jaringan Lee Jungjun pada minit ke-41 pada pusingan round robin Piala Asia di Dhaka, Bangladesh hari ini.

Korea Selatan mula tunjuk taring

DHAKA: Korea Selatan seperti dijangka, menampilkan prestasi terbaiknya untuk mengikat India 1-1 pada pusingan round robin Piala Asia di Dhaka, Bangladesh hari ini.

Korea, yang masih bergelut memburu tempat di Piala Dunia, menguasai permainan dalam pertembungan dengan India yang berada di ranking keenam dunia itu.

India, Malaysia dan Pakistan sudah melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 dan Korea perlu memenangi pingat emas kejohanan ini untuk turut layak ke kejohanan berkenaan.

Lee Jungjun meletakkan Korea di depan pada minit ke-41 tetapi India menyamakan kedudukan menerusi Gurjant Singh pada minit ke-60 untuk berkongsi mata.

Korea akan bertemu Pakistan pada jam 5 petang (waktu Malaysia) esok manakala Malaysia bertemu India pada jam 7.30 malam.

KEPUTUSAN

Malaysia 3-2 Pakistan

India 1-1 Korea Selatan

KEDUDUKAN

Negara P M S K J B Mata

MALAYSIA 1 1 0 0 3 2 3

India 1 0 1 0 1 1 1

Korea S 1 0 1 0 1 1 1

Pakistan 1 0 0 1 2 3 0

Berita Harian X