Jumaat, 15 September 2017 | 12:57pm
MARC LEISHMAN mendahului pusingan pertama Kejohanan BMW di Conway Farms Golf Club. Mandatory. - Foto AGENSI
MARC LEISHMAN mendahului pusingan pertama Kejohanan BMW di Conway Farms Golf Club. Mandatory. - Foto AGENSI

Leishman dahului pusingan pertama golf BMW

CHICAGO: Marc Leishman merakam sembilan bawah par 62 untuk mendahului pusingan pertama Kejohanan BMW di sini, kelebihan dua pukulan dengan Jason Day, Charley Hoffman dan Jamie Lovemark.

Leishman, 33, hadir ke kejohanan ini selaku pemain tangga ketujuh di Piala FedEx.

"Saya melakukan pukulan dengan baik, seperti apa yang perlu saya lakukan," kata Leishman.

"Tetapi yang lebih penting, pukulan baik akan membuka peluang buat saya untuk berada di kedudukan baik.

"Apabila kamu bermain golf dan memikirkan untuk melakukan birdie, ia lebih senang berbanding memikirkan untuk mengelak daripada melakukan bogey."

Day yang juga bekas pemain nombor satu dunia, merakamkan satu bogey di lubang kedua dan birdie di lubang keempat untuk menamatkan saingan 64 pukulan.

"Langkah betul. Saya fikir Luke Reardon melakukan tugas dengan baik. Kami bekerjasama dengan baik dan saya harap ia dapat diteruskan," kata Day.

Rickie Fowler merakam 65 pukulan selepas mencatatkan enam birdie berturut-turut di lubang 12 hingga 17 untuk menyertai juara Terbuka British, Jordan Spieth dengan enam bawah par.

Turut berada dalam kelompok yang mengumpul enam bawah par adalah Rafa Cabrera Bello dari Sepanyol dan dua pemain Amerika Syarikat, Keegan Bradley dan Tony Finau.

KEPUTUSAN:

62 - Marc Leishman (AUS)

64 - Jason Day (AUS), Charley Hoffman, Jamie Lovemark

65 - Keegan Bradley, Jordan Spieth, Tony Finau, Rickie Fowler, Rafa Cabrera Bello (ESP)

66 - Phil Mickelson, Russell Henley, Cameron Smith (AUS), Webb Simpson

67 - Zach Johnson, Justin Thomas, Stewart Cink, Patrick Cantlay, Mackenzie Hughes (CAN), Gary Woodland, Justin Rose (ENG), Matt Kuchar, Robert Streb, Anirban Lahiri (IND)

68 - Lucas Glover, Chez Reavie, Bryson DeChambeau, Sergio Garcia (ESP), Charles Howell, Brendan Steele, Luke List, Francesco Molinari (ITA), Billy Horschel, Hudson Swafford, Daniel Berger, James Hahn

- AFP

Berita Harian X