Khamis, 7 September 2017 | 9:21am
PERTARUNGAN antara Floyd Mayweather dan Conor McGregor di Las Vegas. - Foto AFP
PERTARUNGAN antara Floyd Mayweather dan Conor McGregor di Las Vegas. - Foto AFP

Kutipan tiket Mayweather-McGregor tak pecah rekod

LOS ANGELES: Pertarungan antara Floyd Mayweather dan Conor McGregor gagal memecahkan rekod kutipan tiket masuk untuk perlawanan tinju di Las Vegas.

Ia mengikut angka yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Olahraga Negeri Nevada, awal pagi tadi.

Aksi kontroversi yang berlangsung pada 26 Ogos lalu itu mengutip AS$55,414,865.79 juta (RM234.8 juta) jauh ketinggalan berbanding AS$72,198,500 juta (RM306 juta) yang diraih ketika Mayweather menentang Manny Pacquiao dalam aksi yang disifatkan pertarungan terhebat abad ini di MGM Grand.

Pertarungan Mayweather-McGregor di T-Mobile Arena hanya menjual 13,094 tiket, kurang daripada kapasiti asal venue perlawanan yang mempunyai 20,500 tempat duduk.

Perlawanan Mayweather-Pacquiao berjaya menjual 16,219 tiket.

Sebanyak 137 tiket diberikan secara percuma dalam perlawanan antara Mayweather-McGregor yang dimenangi Mayweather dalam aksi 10 pusingan.

Harga tiket bagi aksi Mayweather-McGregor antara yang termahal dalam sejarah dengan yang paling murah berharga AS$500 (RM2,119) manakala paling mahal AS$10,000 (RM42,385). - AFP

Berita Harian X