Sabtu, 2 September 2017 | 9:20pm
PEMAIN hoki Malaysia memperagakan pingat emas selepas menewaskan Myanmar pada aksi akhir hoki lelaki Sukan SEA KL2017 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
PEMAIN hoki Malaysia memperagakan pingat emas selepas menewaskan Myanmar pada aksi akhir hoki lelaki Sukan SEA KL2017 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
ATLET Malaysia, Khairul Hafiz Jantan (tengah) meraikan kemenangannya dalam aksi akhir 100 meter lelaki Sukan SEA KL2017 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. - Foto Osman Adnan
ATLET Malaysia, Khairul Hafiz Jantan (tengah) meraikan kemenangannya dalam aksi akhir 100 meter lelaki Sukan SEA KL2017 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. - Foto Osman Adnan
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bergambar bergambar bersama atlet negara semasa meraikan kemenangan 111 pingat emas Sukan SEA KL2017 yang dikumpul kontinjen negara di Kuala Lumpur. - Foto Danial Saad

Kita Juara perlu diteruskan

KUALA LUMPUR: Dua tahun lalu, satu program persediaan atlet bagi Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur yang dinamakan 'Kita Juara 2017' dilancarkan dan hari ini Malaysia dapat melihat hasil kejayaan daripada program itu apabila disahkan juara keseluruhan temasya dwi tahunan itu yang melabuhkan tirainya Rabu lalu.

Melalui tiga fasa kesemuanya, program Kita Juara itu memberi peluang kesemua 844 atlet negara yang bertanding pada temasya kali ini melalui persiapan yang lebih rapi bagi memastikan kejayaan terbaik yang pernah diperoleh negara sepanjang penyertaan di Sukan SEA dengan 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa

Jika sebelum ini Thailand sering memonopoli temasya itu untuk muncul kuasa besar sukan di rantau Asia Tenggara, kejayaan juara keseluruhan yang diperoleh negara pada kali ini bakal menandakan permulaan baru negara untuk menggantikan tempat Thailand pada temasya berikutnya.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata tidak mustahil bagi negara mengulangi pencapaian yang sama pada temasya berikutnya namun nama program Kita Juara mungkin akan dijenamakan semula bagi temasya berikutnya.

KETUA Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail. - Foto Nurul Shafina Jemenon
KETUA Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail. - Foto Nurul Shafina Jemenon

"Saya melihat tidak mustahil untuk kita menjadi juara keseluruhan di gelanggang lawan memandangkan pada temasya ini, ramai atlet kita yang menunjukkan keupayaan bahawa mereka mampu menjadi atlet yang terbaik di rantau ini.

"Namun itu semua bergantung kepada pemilihan sukan pada temasya 2019 nanti tetapi jika mereka dapat membuktikan bahawa mereka adalah yang terbaik di Asia Tenggara, sudah pasti kita boleh menjadi juara keseluruhan di mana-mana pun temasya Sukan SEA diadakan," katanya ketika membuat rumusan prestasi kontinjen negara pada Sukan SEA kali ini.

Dengan kejayaan 396 atlet muda (bawah 21 tahun) apabila mereka dapat menyumbang 95 pingat emas, 94 perak dan 96 gangsa, masa depan atlet negara adalah cerah berdasarkan pencapaian yang diraih mereka.

Kejayaan atlet muda ini memberikan petanda bahawa negara tidak perlu bimbang dengan kesinambungan kecemerlangan negara apabila beraksi pada temasya berikutnya jika atlet negara dibekalkan dengan program yang lebih rapi seperti program Kita Juara yang dibuat kali ini.

PELUMBA Malaysia, Azizulhasni Awang memenangi pingat emas dalam acara keirin lelaki akhir Sukan Sea KL2017 di Velodrome Nasional Nilai. - Foto Luqman Hakim Zubir
PELUMBA Malaysia, Azizulhasni Awang memenangi pingat emas dalam acara keirin lelaki akhir Sukan Sea KL2017 di Velodrome Nasional Nilai. - Foto Luqman Hakim Zubir

Program yang rapi dan berterusan perlu bagi memastikan negara tidak digelar jaguh kampung apabila sekadar menjuarai kejayaan di tempat sendiri dan tidak dapat meneruskannya apabila bertanding di luar.

Untuk rekod, Malaysia tidak pernah muncul juara keseluruhan di luar negara kecuali muncul juara keseluruhan dengan 111 pingat emas pada tahun 2001 apabila Malaysia menjadi tuan rumah.

GIMNAS negara, Farah Ann meraikan kemenangannya dalam acara senaman lantai Sukan SEA KL2017 di Pusat pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). - Foto Muhd Zaaba Zakeria
GIMNAS negara, Farah Ann meraikan kemenangannya dalam acara senaman lantai Sukan SEA KL2017 di Pusat pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). - Foto Muhd Zaaba Zakeria

Berita Harian X