Selasa, 29 Ogos 2017 | 7:35pm
MUHAMMAD ISKANDAR ZULKANAIN (biru) memenangi pingat perak selepas tewas kepada Tawin Hanprab dari Thailand dalam acara akhir Taekwando Fly Open Lelaki bawah 58 kilogram Sukan SEA KL2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). - Foto Danial Saad

KL2017: Jaguh Olimpik sekat Iskandar, Nur Dhia

KUALA LUMPUR: Penampilan pertama di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) cukup bermakna buat Muhammad Iskandar Zulkanain Ahmad walaupun dikalungi pingat perak di hadapan rakyat Malaysia.

Lebih manis apabila dia berpeluang berentap di final kategori Fly Terbuka Lelaki bwah 58kg menentang jaguh dari Thailand yang juga pemenang pingat perak taekwondo Sukan Olimpik Rio, Brazil 2016, Tawin Hanprab.

Meskipun agak jauh perbezaan mata iaitu 33 berbalas tujuh pada aksi final kyorugi, jaguh muda itu tetap memberikan saingan sepanjang pertarungan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

"Memang saya tetap berikan yang terbaik apabila mendapat tahu berdepan orang yang lebih berpengalaman dan hebat, dan belum ada rezeki saya untuk memenangi pingat emas.

"Mungkin dua tahun lagi saya akan menundukkan dia (Hanprab) kerana ini adalah Sukan SEA pertama saya. Saya perlu lebih banyak berlatih dan menyertai banyak kejohanan luar negara," kata Muhammad Iskandar ketika ditemui.

Muhammad Iskandar, 20, berkata dia hanya meletakkan sasaran untuk meraih sekurang-kurangnya pingat gangsa dan hanya sempat berlatih tiga bulan di Korea sebelum menyertai temasya dwitahunan itu.

Sebelum itu, atlet dari Selangor ini mara ke final selepas menewaskan Nilton Gilman Corte Real De Jesus Lemos dari Timor Leste, 33-22 di peringkat separuh akhir.

ATLET negara, Muhammad Iskandar Zulkanain Ahmad (biru) gagal mengelak tendangan atlet Thailand, Tawin Hanprab dalam acara akhir Taekwando Fly Open Lelaki bawah 58 kilogram Sukan SEA KL2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). - Foto Danial Saad

NUR DHIA LIYANA Shaharuddin (merah) memenangi pingat perak selepas tewas kepada atlet Thailand, Panipak Wongpattanakit dalam acara akhir Taekwando Fly Open Wanita bawah 49 kilogram Sukan SEA KL2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). - Foto Danial Saad

Sementara itu, skrip sama menimpa Nur Dhia Liyana Shaharuddin apabila turut disekat juara dunia 2015 yang juga pemenang pingat gangsa Olimpik Rio 2016, Panipak Wongpattanakit dengan keputusan 39-1 di final.

Nur Dhia menyifatkan lawan dalam kategori Fly Terbuka Wanita bawah 49kg bukan mudah kerana berada setakuk di atas dari segi pengalaman dan ketangkasan tetapi tetap berpuas hati dengan keputusan gangsa selepas tiga penampilan di Sukan SEA.

Dua lagi atlet negara, Nurul Nur Hafizzah Mahdi dan Tee Chong Sheng terpaksa berpuas hati dengan gangsa, masing-masing dalam kategori Terbuka Wanita Middle bawah 73kg dan Bantam Terbuka Lelaki bawah 63kg.

Secara keseluruhan, sukan taekwondo menyumbangkan tiga emas, empat perak dan lima gangsa dalam acara poomsae dan kyorugi di temasya kali ini.

Berita Harian X