Sabtu, 26 Ogos 2017 | 2:29am
PEMAIN boling negara, Muhd Rafiq Ismail (tengah) memenangi pingat emas, dan Alex Liew (kanan) memenangi pingat gangsa bersama pemain Thailand, Yannaphon dalam acara boling Master Lelaki Sukan SEA KL2017 di Sunway Megalanes. - Foto Danial Saad

SHALIN sebak selepas menerima pingat emas dalam acara boling Masters Wanita Sukan SEA KL2017 di Sunway Megalanes. - Foto Danial Saad
SHALIN sebak selepas menerima pingat emas dalam acara boling Masters Wanita Sukan SEA KL2017 di Sunway Megalanes. - Foto Danial Saad

KL2017: Malaysia ceria dengan 68 emas

KUALA LUMPUR: Ikon boling, Shalin Zulkifli dan bintang muda Muhammad Rafiq Ismail mencetuskan fenomena apabila meraih gelaran berganda dalam pertarungan penuh mendebarkan acara masters lelaki dan wanita pada temasya Sukan SEA ke-29 ini.

Keceriaan di gelanggang boling Sunway Mega Lanes pada Jumaat itu membantu kontingen negara menambah lima emas lagi, untuk mengekalkan kedudukan di persada carta pungutan pingat dengan keseluruhan 68 emas, 46 perak dan 44 gangsa.

Tambahan koleksi emas itu adalah momentum sempurna bagi tuan rumah mendahului carta, menjelang perlawanan kemuncak bola sepak separuh akhir lelaki dengan Indonesia di Stadium Shah Alam, serta acara terjun dan gimrama yang dijangka menjadi lubuk emas negara.

Vietnam yang terus menguasai emas dari kolam renang dan olahraga, kekal menduduki tangga kedua keseluruhan dengan 43 emas, diikuti rapat Singapura yang meraih 39 emas.

Juara keseluruhan edisi 2015, Thailand, hanya mengumpul 34 emas untuk berada di tangga keempat.

Shalin, 39, menggunakan pengalamannya untuk mengatasi pencabar Indonesia, Tanya Roumimper dengan kemenangan tipis satu pin dengan 223-222 bagi emas ketiganya sebelum boling melabuhkan tirai.

PEMAIN boling negara, Muhammad Rafiq (kiri) dan Shalin, masing-masing memenangi pingat emas dalam acara Masters Lelaki dan Wanita boling Sukan SEA KL2017 di Sunway Megalanes. - Foto Danial Saad
PEMAIN boling negara, Muhammad Rafiq (kiri) dan Shalin, masing-masing memenangi pingat emas dalam acara Masters Lelaki dan Wanita boling Sukan SEA KL2017 di Sunway Megalanes. - Foto Danial Saad

Muhammad Rafiq, 20, menebus kekecewaan di tangan musuh yang sama pada edisi lalu apabila mengalahkan juara bertahan dari Thailand, Yannaphon Larp-Apharat 213-190, sekali gus meraih empat pingat, lebih satu pingat berbanding ketika penampilan sulungnya di Singapura 2015.

Boling padang menepati ramalan dengan mengutip emas berganda dalam acara triples lelaki dan wanita manakala dalam acara silat, Malaysia menggondol pingat emas dalam ganda wanita.

Dalam acara final triples lelaki, Malaysia menewaskan Brunei 19-9 dan wanita pula menewaskan Filipina 19-11, iaitu mendominasi tiga daripada empat emas yang dipertaruhkan sejak hari pertama saingan, dan berpeluang menambah dari acara pairs dan singles selepas ini.

Pesilat negara, Nur Syazreen A Malik dan Nor Hamizah Abu Hassan memenangi emas ganda wanita, mengatasi Singapura yang meraih perak dan Indonesia (ganda). - BERNAMA

AKSI emas Nor Syazreen (bawah) dan Nor Hamizah dalam acara ganda wanita. - Foto Khairull Azry Bidin
AKSI emas Nor Syazreen (bawah) dan Nor Hamizah dalam acara ganda wanita. - Foto Khairull Azry Bidin

Berita Harian X