X
Jumaat, 25 Ogos 2017 | 9:34pm
PEMAIN boling negara, Shalin Zulkifli bersama pingat emas yang dimenangi dalam acara boling Master Wanita di Sunway Megalanes. - Foto Danial Saad
PEMAIN boling negara, Shalin Zulkifli bersama pingat emas yang dimenangi dalam acara boling Master Wanita di Sunway Megalanes. - Foto Danial Saad
SHALIN Zulkifli tidak dapat menyembunyikan perasaannya selepas memenangi acara boling masters wanita di Sunway Mega Lanes. - Foto Danial Saad
SHALIN Zulkifli tidak dapat menyembunyikan perasaannya selepas memenangi acara boling masters wanita di Sunway Mega Lanes. - Foto Danial Saad
SHALIN Zulkifli (tengah) meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan selepas menewaskan pemain Indonesia, Tannya Roumimper untuk meraih pingat emas dalam acara boling masters wanita di Sunway Mega Lanes. - Foto Danial Saad

REAKSI Shalin Zulkifli selepas menewaskan pemain Indonesia, Tannya Roumimper untuk meraih pingat emas dalam acara boling masters wanita di Sunway Mega Lanes. - Foto Danial Saad
REAKSI Shalin Zulkifli selepas menewaskan pemain Indonesia, Tannya Roumimper untuk meraih pingat emas dalam acara boling masters wanita di Sunway Mega Lanes. - Foto Danial Saad

KL2017: Shalin raih pingat emas peribadi ke-20

KUALA LUMPUR: Shalin Zukifli meraih pingat emas ke-20 Sukan SEA sejak tampil kali pertama dalam temasya dwi tahunan itu pada 1993 - apabila menang dengan penuh dramatik dalam acara boling masters wanita, hari ini.

Dalam pertarungan akhir di Sunway Mega Lanes, Shalin, 39, yang juga pilihan kedua menumpaskan Tannya Roumimper dari Indonesia, 246-220, 223-222.

Dalam aksi pertama stepladder, Shalin mengenepikan cabaran atlet Singapura, Shayna Ng, 224-199 untuk melangkah ke pertarungan merebut pingat emas.

Kejayaan merangkul gelaran masters wanita ini adalah yang pertama buat Shalin sejak Sukan SEA Brunei pada 1999.

Pingat emas itu juga adalah yang ketiga buat Shalin di temasya kali ini selepas kejayaan dalam acara trio dan berpasukan.

Ketika aksi pertama di pentas akhir tadi, kedudukan antara Shalin dan Tannya terikat 225-225.

Kedua-dua pemain meneruskan pertarungan dengan bermula di frame 9 dan 10, yang menyaksikan Shalin menang 246-220 dan aksi diteruskan di set penentuan.

Dalam aksi penentuan, Tannya mendahului saingan sejak awal sehinggalah ke frame kelapan yang menyaksikan Shalin bangkit untuk menang dengan keputusan 223-222.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X