Rabu, 23 Ogos 2017 | 4:01pm

KL2017: Maafkan saya - Ing Yueh

GIMNAS Malaysia, Tan Ing Yueh beraksi dalam kategori Alang Imbangan Wanita dalam acara gimnastik artistik wanita Sukan SEA KL2017 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). - Foto Muhaizan Yahya

KUALA LUMPUR: "Maaf jurulatih. Saya sudah memberikan yang terbaik. Itu saja yang boleh saya lakukan,". Itu kata atlet gimnas wanita negara, Tan Ing Yueh.

Ing Yueh sepatutnya meraih pingat emas dalam acara batang titian, namun kejayaan itu 'dirompak' kontinjen Indonesia apabila mereka memprotes sekali gus menyaksikan atlet negara berusia 21 tahun itu hanya sekadar meraih pingat perak.

Meskipun keputusan rasmi sudah dikeluarkan dan Ing Yueh dinobatkan selaku pemenang pingat emas acara berkenaan dengan catatan 13.100 mata, namun Indonesia melakukan protes.

Pengiraan semula menyaksikan pingat emas dianugerahkan kepada Rifda Irfanaluthfi dengan pungutan 13.125 mata.

Bagaimanapun, atlet kelahiran Melaka itu kekal tenang walaupun situasi itu menafikan peluangnya untuk meraih pingat emas ketiga dalam acara artistik pada temasya kali ini.

GIMNAS Malaysia, Tan Ing Yueh beraksi dalam kategori Alang Imbangan Wanita dalam acara gimnastik artistik wanita Sukan SEA KL2017 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). - Foto Muhaizan Yahya
GIMNAS Malaysia, Tan Ing Yueh beraksi dalam kategori Alang Imbangan Wanita dalam acara gimnastik artistik wanita Sukan SEA KL2017 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). - Foto Muhaizan Yahya

Sebelum ini, Ing Yueg cemerlang mengungguli acara melombol wanita individu dan acara gimnastik artistik berpasukan.

"Memang sedih kerana perkara sebegini berlaku tetapi saya harus memandang ke hadapan. Ini memberikan saya pengajaran besar. Saya anggap semua ini sebagai pengalaman yang akan mematangkan saya.

"Saya terima keputusan ini kerana saya akui ada melakukan sedikit kesilapan ketika gelanggang. Kesilapan kecil itu yang mungkin menjadi perbezaan dengan pemenang pingat emas," katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), sebentar tadi.

Dalam masa sama, dia turut berpuas hati dengan pencapaiannya pada temasya kali ini selepas berjaya merangkul dua pingat emas dan satu pingat perak untuk disumbangkan kepada kontinjen negara.

"Saya sendiri tidak menyangka dapat mengutip tiga pingat apatah lagi dua emas kerana sasaran utama adalah pingat emas bagi acara gimnastik artistik berpasukan saja.

"Selepas berjaya merangkul pingat emas dalam acara berpasukan, saya merasakan kejayaan itulah yang menjadi pembakar semangat untuk saya meneruskan momentum bagi acara individu," katanya.

GIMNAS Malaysia, Tan Ing Yueh beraksi dalam kategori Alang Imbangan Wanita dalam acara gimnastik artistik wanita Sukan SEA KL2017 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). - Foto Muhaizan Yahya
GIMNAS Malaysia, Tan Ing Yueh beraksi dalam kategori Alang Imbangan Wanita dalam acara gimnastik artistik wanita Sukan SEA KL2017 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). - Foto Muhaizan Yahya

Berita Harian X