Isnin, 21 Ogos 2017 | 2:03pm
ATLET pelayaran negara bakal menghadapi saingan sengit daripada Thailand dan Singapura dalam acara itu yang akan berlangsung sehingga 29 Ogos di Kompleks Perahu Layar Kebangsaan Kuah. - Foto Amran Hamid

Pelayaran buka tirai di Langkawi hari ini

LANGKAWI: Kategori lumba berpasukan membuka tirai sukan pelayaran temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Kompleks Sukan Layar Kebangsaan di sini, hari ini.

Seramai 102 orang pelayar daripada tujuh negara mengambil bahagian dalam acara yang menawarkan pingat dalam 14 kategori.

Tuan rumah, Malaysia yang menurunkan 22 pelayar, bakal menghadapi saingan sengit daripada Thailand dan Singapura dalam acara itu yang akan berlangsung sehingga 29 Ogos.

Khairulnizam Mohd Afendy yang mewakili Malaysia dalam dua Sukan Olimpik sebelum ini antara yang menjadi tumpuan selain Keerati Bualong daripada Thailand dan Radiance Koh (Singapura).

Selain tiga negara itu, acara ini turut disertai Indonesia, Myanmar, Filipina dan Kemboja. - BERNAMA


ATLET pelayaran negara, Asri Azman menarik perahu layar sebagai persiapan terakhir sebelum bermulanya acara sukan layar pada Sukan SEA 2017 di Kompleks Perahu Layar Kebangsaan Kuah, semalam. - Foto Amran Hamid

Berita Harian X