Ahad, 6 Ogos 2017 | 12:09am
KU Farid (kiri) bersama Mohd Taqi Zulkifli dan Mohd Izzat Shokor ketika mengambil bahagian dalam Kejohanan Sport Climbing Universiti Dunia 2016 di Shanghai. - Foto Ihsan Pembaca
KU Farid (kiri) bersama Mohd Taqi Zulkifli dan Mohd Izzat Shokor ketika mengambil bahagian dalam Kejohanan Sport Climbing Universiti Dunia 2016 di Shanghai. - Foto Ihsan Pembaca
SAKIT otot atau kebas di bahagian bahu dan tangan adalah perkara biasa, namun ia bukan halangan buat Ku Farid dalam mencapai cita-citanya.
SAKIT otot atau kebas di bahagian bahu dan tangan adalah perkara biasa, namun ia bukan halangan buat Ku Farid dalam mencapai cita-citanya.
KU Farid menimba banyak pengalaman mendaki di dalam dan luar negara.
KU Farid menimba banyak pengalaman mendaki di dalam dan luar negara.

Ku Muhamad Faridhwan tekad ke puncak

KEPUASAN memanjat tembok batu mendorong penuntut Universiti Multimedia (MMU) Cyberjaya ini untuk terus mencuba nasib mewakili negara ke peringkat dunia tahun depan.

Sejak menceburi sukan ini secara aktif pada 2014, Ku Muhamad Faridhwan Ku Aziz, 23, berhasrat ingin menjadi juara di Kejohanan Sukan Mendaki Universiti Dunia di Slovakia, tahun depan.

Berbekalkan pengalaman kejohanan sama di Shanghai pada 2016, Ku Muhamad Faridhwan atau lebih mesra dipanggi Ku Farid, yakin boleh mencapai cita-citanya di Slovakia itu bersama dua lagi rakan baiknya, yang juga memiliki hobi sama.

"Saya bercadang mengambil bahagian dalam tiga kategori di Slovakia nanti bersama rakan dalam acara kepantasan (speed).

MINAT Ku Farid dalam sukan ekstrem ini bermula sejak mengikuti aktiviti anjuran kelab Outrecs Outdoor Recreational Society dengan ekspedisi memanjat batu di Bukit Takun, Rawang.
MINAT Ku Farid dalam sukan ekstrem ini bermula sejak mengikuti aktiviti anjuran kelab Outrecs Outdoor Recreational Society dengan ekspedisi memanjat batu di Bukit Takun, Rawang.

"Selama ini, saya hanya mengambil bahagian dalam kategori terbuka lelaki individu kerana penganjur tidak mempertandingkan acara kumpulan atau pasukan.

"Saya berharap pemergian ke sana nanti dipermudahkan dan mendapat tajaan mencukupi untuk mewakili negara," katanya kepada BH.

Mengimbau minatnya dalam sukan ekstrem ini, Ku Muhamad Faridhwan berkata, ia bermula sejak mengikuti aktiviti anjuran kelab Outrecs Outdoor Recreational Society dengan ekspedisi memanjat batu di Bukit Takun, Rawang.

"Pada mulanya, saya hanya ingin mencuba sukan ekstrem itu atas pelawaan rakan walaupun tidak mempunyai pengalaman dalam aktiviti memanjat batu ini.

"Dari situ, saya mulai belajar cara memanjat batu dengan cuba memanjat tembok batu tiruan. Selepas itu, saya mulai seronok dan berminat untuk meneruskan sukan ekstrem ini," katanya.

Sertai Olimpik

KU Farid berharap mendapat penaja untuk menyertai Kejohanan Sukan Mendaki Universiti Dunia di Slovakia, tahun depan.
KU Farid berharap mendapat penaja untuk menyertai Kejohanan Sukan Mendaki Universiti Dunia di Slovakia, tahun depan.

Sejak itu, minatnya makin meningkat hingga mendorongnya mencuba pengalaman memanjat tembok batu di beberapa puncak gua dan bukit di dalam negara, antaranya di Batu Caves (Dinding Nyamuk), Bukit Keteri, Perlis; Bukit Takun, Rawang; Gua Musang, Kelantan dan Batu Kurau di Terengganu.

Tidak cukup di dalam negara, Ku Farid turut menimba pengalaman di luar negara. Mine Quarries, Armadale Boulder dan Candy Land di Australia serta gua batu kapur di Tonsai dan Railay di Thailand, antara lokasi yang berjaya ditawan.

"Sakit otot atau kebas di bahagian bahu dan tangan adalah perkara biasa, namun ia bukan halangan untuk saya meneruskan cita-cita," katanya.

Penuntut tahun tiga jurusan perakaunan itu menyimpan cita-cita untuk menyertai kejohanan sukan memanjat tembok batu di peringkat antarabangsa seperti Sukan Asia, Sukan Piala Dunia dan Sukan Olimpik.

PROFIL

Nama: Ku Muhamad Faridhwan Ku Aziz

Tarikh lahir: 26 September 1994

Umur: 23 tahun

Asal: Shah Alam, Selangor

Hobi: Memanjat tembok batu tiruan dan tembok batu wall & rock climbing

Pendidikan: Penuntut tahun tiga jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya

Berita Harian X