Sabtu, 18 March 2023 | 7:28am
Penyerang Newcastle United, Alexander Isak menjaringkan gol kedua pasukannya menerusi penalti ketika menentang Nottingham Forest di The City Ground. - AFP
Penyerang Newcastle United, Alexander Isak menjaringkan gol kedua pasukannya menerusi penalti ketika menentang Nottingham Forest di The City Ground. - AFP

Isak bawa Newcastle hampiri 4 kedudukan teratas EPL

NOTTINGHAM, United Kingdom: Alexander Isak berkata Newcastle percaya mereka akan mengesahkan kedudukan ke Liga Juara-Juara musim depan selepas pemain Sweden itu meledak dua kali termasuk satu penalti pada penghujung permainan untuk menewaskan Nottingham Forest 2-1 awal pagi tadi.

Kemenangan membawa Magpies hanya satu mata di belakang pasukan tangga keempat, Tottenham dan mereka ada satu perlawanan dalam tangan menentang Spurs selepas ini.

Pemain Nottingham Forest, Felipe (kiri) bersaing dengan pemain Newcastle, Joe Willock. - Foto AP
Pemain Nottingham Forest, Felipe (kiri) bersaing dengan pemain Newcastle, Joe Willock. - Foto AP

"Kami percaya dan kami tahu bahawa ia ada dalam tangan dan kami ada peluang yang bagus," kata Isak selepas Newcastle mencipta kemenangan berturut-turut sebelum rehat perlawanan antarabangsa.

"Adalah penting untuk berehat dengan perasaan yang bagus dengan dua kemenangan daripada dua perlawanan."

Kekalahan itu adalah yang pertama buat Forest di laman sendiri sejak September yang menyebabkan skuad kendalian Steve Cooper masih dua mata di atas zon penyingkiran.

"Ia cara paling teruk untuk kalah, beberapa minit terakhir, selepas bertarung dengan baik dalam perlawanan," kata Cooper.

"Kami membuat keputusan yang teruk ketika berdepan gol itu dan kami hanya boleh salahkan diri sendiri."

Newcastle menamatkan penantian hampir dua bulan bagi mencipta kemenangan dalam Liga Perdana minggu lalu selepas menewaskan Wolves dan sekali lagi cemerlang di City Ground. - AFP

Berita Harian X