Khamis, 24 November 2022 | 8:10pm
Breel Embolo (jersi nombor 7) menjaringkan gol kemenangan Switzerland pada aksi menentang Cameroon pada aksi pembukaan Kumpulan G di Stadium Al Janoub. - AFP
Breel Embolo (jersi nombor 7) menjaringkan gol kemenangan Switzerland pada aksi menentang Cameroon pada aksi pembukaan Kumpulan G di Stadium Al Janoub. - AFP

Embolo kalahkan negara kelahiran sendiri

DOHA: Jaringan Breel Embolo membantu Switzerland membuka kempen Piala Dunia 2022 dengan langkah kanan apabila menewaskan Cameroon 1-0 dalam saingan Kumpulan G di Stadium Al Janoub, di sini sebentar tadi.

Bagaimanapun, Embolo enggan meraikan jaringannya kerana Cameroon adalah negara kelahirannya.

Penyerang Monaco itu memecah kebuntuan tiga minit selepas rehat dan dia tidak meraikan gol itu apabila sekadar mengangkat kedua tangannya dan dilihat seakan memohon maaf.

Pemain Cameroon, Collins Fai (kiri) mengasak pemain Switzerland', Ruben Vargas. - FotoAP
Pemain Cameroon, Collins Fai (kiri) mengasak pemain Switzerland', Ruben Vargas. - FotoAP

Embolo, 25, lahir di ibu negara Cameroon, Yaounde namun menerima kerakyatan Switzerland pada 2014 selepas mengharungi karier remajanya di negara itu.

Selepas tampil dalam skuad bawah 16 tahun (B-16), dia memilih untuk mewakili Switzerland dan tampil dalam 59 penampilan.

Penyokong memuji tindakan Embolo itu dan menyifatkan dia begitu hormat terhadap negara kelahirannya. -AGENSI

Reaksi penyokong Switzerland. - Foto Reuters
Reaksi penyokong Switzerland. - Foto Reuters

Reaksi Breel Embolo tidak meraikan gol. - Foto Reuters
Reaksi Breel Embolo tidak meraikan gol. - Foto Reuters

Berita Harian X