Ahad, 25 September 2022 | 10:26pm
Akhyar Rasid mengawal bola pada aksi final Piala Raja Thai menentang Tajikistan di Chiang Mai.
Akhyar Rasid mengawal bola pada aksi final Piala Raja Thai menentang Tajikistan di Chiang Mai.

Final Piala Raja Thai: Malaysia 0 Tajikistan 0

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Tajikistan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama aksi final Piala Raja Thai di Stadium Chiang Mai, malam ini.

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon melakukan beberapa perubahan berbanding ketika berdepan Thailand sebelum ini dengan meletakkan Syafiq Ahmad, Mohamadou Sumareh, Akhyar Rashid dan Nazmi Faiz Masor dalam kesebelasan utama.

Bagaimanapun, permukaan padang kurang baik dan hujan ketika perlawanan menjejaskan persembahan kedua-dua pasukan yang dilihat sukar untuk melakukan gerakan lebih teratur untuk mendapatkan gol.

Peluang terbaik Harimau Malaya hadir pada minit-23 selepas berlaku kelam kabut di depan pintu gol Tajikistan, namun tandukan Brendan Gan pula tidak menepati sasaran.

Bagaimanapun, Harimau Malaya bernasib baik pada hujung babak pertama apabila pengadil tidak melayangkan kad kuning kedua kepada Sumareh selepas dia mengasari pemain lawan.

Berita Harian X