Ahad, 25 September 2022 | 5:15pm
JDT dijadualkan umumkan kerjasama baharu bersama kelab luar negara esok.
JDT dijadualkan umumkan kerjasama baharu bersama kelab luar negara esok.
Foto ihsan Facebook JOHOR Southern Tigers
Foto ihsan Facebook JOHOR Southern Tigers

Apa kejutan JDT esok?

KUALA LUMPUR: Apa lagi kejutan yang akan dibuat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT)?

Persoalan itu yang bermain di fikiran peminat Harimau Selatan ketika ini selepas kelab berkenaan memaklumkan bahawa mereka bakal mengumumkan rakan antarabangsa baharu, esok.

Berdasarkan kenyataan ringkas di laman Facebook kelab, JOHOR Southern Tigers, juara bertahan Liga Super lapan kali berturut-turut itu berkemungkinan akan menambah rakan kerjasama bersama kelab luar negara.

"Era baharu akan datang tidak lama lagi. Nantikan pengumuman rakan antarabangsa baharu Johor Darul Ta'zim FC pada hari Isnin!," tulis kelab itu.

Kenyataan ringkas itu turut disertakan dengan video pendek yang memaparkan logo kelab gergasi Eropah termasuk Juventus, Manchester City dan Paris Saint-Germain (PSG).

Untuk rekod, JDT sebelum ini dilaporkan menjalinkan kerjasama dengan kelab ternama dunia termasuk Juventus, City dan PSG serta beberapa lagi kelab Eropah.

Berita Harian X