Isnin, 29 Ogos 2022 | 10:17pm
Pemain JDT, Fernando Forestieri meraikan jaringan gol pada perlawanan antara JDT menentang Melaka United FC di Stadium Sultan Ibrahim, Johor. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN
Pemain JDT, Fernando Forestieri meraikan jaringan gol pada perlawanan antara JDT menentang Melaka United FC di Stadium Sultan Ibrahim, Johor. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

JDT mudah baham Melaka United

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Super selepas mudah meratah Melaka United (MU) 4-0 pada aksi tertunda di Stadium Sultan Ibrahim, di sini sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan JDT kini mengumpul 41 mata dan lebih menarik apabila rekod tanpa kalah skuad Harimau Selatan itu masih kekal sekali gus memberi bayangan betapa pasukan kendalian Hector Bidoglio semakin hampir menggenggam kejuaraan liga kali kesembilan berturut-turut.

Pada perlawanan itu, pemain tengah JDT, Leandro Velazquez menguji penjaga gol, Brian See seawal minit kelima namun diselamatkan malah selang seminit kemudian Brian terpaksa menepis bola percubaan Arif Aiman Hanapi.

Bermula daripada bola umpanan Corbin Ong pada minit ke-12 di posisi sayap kiri, penyerang prolifik JDT Fernando Forestieri tidak berlengah sebalik pantas melencongkan bola tepat ke penjuru kiri gol menewaskan Brian untuk meletak tuan rumah mendahului 1-0.

Pemain JDT, Akhyar Rashid bersaing mendapatkan bola bersama pemain lawan Muhammad Fauzan pada perlawanan antara JDT menentang Melaka United FC di Stadium Sultan Ibrahim, Johor. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

Pemain JDT, Ignacio Insa bersaing mendapatkan bola bersama pemain lawan Muhammad Fauzan pada perlawanan antara JDT menentang Melaka United FC di Stadium Sultan Ibrahim, Johor. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN
Pemain JDT, Ignacio Insa bersaing mendapatkan bola bersama pemain lawan Muhammad Fauzan pada perlawanan antara JDT menentang Melaka United FC di Stadium Sultan Ibrahim, Johor. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

Pemain JDT, Bergson Da Silva meraikan jaringan gol bersama rakan pasukan Syafiq Ahmad pada perlawanan antara JDT menentang Melaka United FC di Stadium Sultan Ibrahim, Johor. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN
Pemain JDT, Bergson Da Silva meraikan jaringan gol bersama rakan pasukan Syafiq Ahmad pada perlawanan antara JDT menentang Melaka United FC di Stadium Sultan Ibrahim, Johor. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

Kegarangan JDT gagal dihalang anak didik Asri Ninggal selepas mencipta gol kedua pada perlawanan itu menerusi kombinasi Forestieri yang melorongkan bola tepat kepada Bergson Da Silva yang pantas merembat bola tatkala berada di dalam kotak penalti membuat Brian terpaku melihat bola menerjah jaring pada minit ke-32.

Ternyata sepanjang babak pertama, anak didik Bidoglio begitu mudah memporak-peranda benteng skuad Hang Tuah itu yang jelas hilang momentum permainan dan terpaksa `berkampung' di kawasan sendiri bagi mengelak gawang terus dibolosi.

Namun usaha pasukan pelawat itu tidak berhasil, sebaliknya gol ketiga menjelma buat JDT ketika aksi memasuki minit ke-42 apabila Corbin sekali lagi menjadi pengumpan buat Bergson yang sempat mendada bola sebelum merembat bola leret tepat ke penjuru kiri menewaskan Brian yang sekadar memerhati bola menerjah jaring.

Bersambung babak kedua, JDT menguasai permainan dan hampir menambah jaringan pada minit ke-53 namun bola sepakan lencong leret Bergson sempat diselamatkan Brian yang merebahkan badan untuk menangkap bola.

Bergson melengkapkan hatrik ketika aksi berbaki lima minit untuk ditamatkan selepas menyudahkan bola umpanan pemain gantian Syafiq Ahmad.

Berita Harian X