Rabu, 17 Ogos 2022 | 12:05am
Pengendali Tottenham, Antonio Conte (kanan) dan ketua jurulatih Chelsea, Thomas Tuchel bertegang urat sejurus selepas bersalaman sebaik berakhirnya aksi EPL kedua-dua pasukan di Stadium Stamford Bridge, hujung minggu lalu. - Foto AFP.

Pertahanan Chelsea, Reece James (kiri) bersaing dengan penyerang Tottenham Hotspurs, Harry Kane. - Foto AFP
Pertahanan Chelsea, Reece James (kiri) bersaing dengan penyerang Tottenham Hotspurs, Harry Kane. - Foto AFP
Pemain Liverpool, Darwin Nunez (kanan) diasak pemain Crystal Palace, Jeffrey Schlupp. - Foto AP
Pemain Liverpool, Darwin Nunez (kanan) diasak pemain Crystal Palace, Jeffrey Schlupp. - Foto AP
Pemain Leeds United, Rodrigo Moreno (dua dari kanan) cuba dihalang pemain Southampton, Mohamed Elyounoussi. - Foto AP
Pemain Leeds United, Rodrigo Moreno (dua dari kanan) cuba dihalang pemain Southampton, Mohamed Elyounoussi. - Foto AP
Insiden pengendali Tottenham, Antonio Conte (kanan) dan ketua jurulatih Chelsea, Thomas Tuchel bertegang urat sejurus selepas bersalaman sebaik berakhirnya aksi EPL kedua-dua pasukan di Stadium Stamford Bridge, hujung minggu lalu. - Foto Reuters

Kad merah Tuchel, Conte jadi bualan, Klopp terpaksa guna penyerang tumpul.

LONDON: Minggu kedua aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) 2022-23 berakhir penuh kontroversi dengan pergaduhan dua pengurus, Thomas Tuchel dan Antonio Conte menjadi bualan hangat ketika juara bertahan, Manchester City secara diam-diam kembali menghuni tangga teratas dengan enam mata.

Pencabar kejuaraan Liverpool juga gagal mencatat kemenangan pertama selepas seri kali kedua, kali ini di laman sendiri berdepan Crystal Palace apabila mereka berakhir dengan 10 pemain selepas bintang mudanya Darwin Nunez dibuang padang.

Insiden pengendali Tottenham, Antonio Conte (kanan) dan ketua jurulatih Chelsea, Thomas Tuchel bertegang urat sejurus selepas bersalaman sebaik berakhirnya aksi EPL kedua-dua pasukan di Stadium Stamford Bridge, hujung minggu lalu. - Foto Reuters
Insiden pengendali Tottenham, Antonio Conte (kanan) dan ketua jurulatih Chelsea, Thomas Tuchel bertegang urat sejurus selepas bersalaman sebaik berakhirnya aksi EPL kedua-dua pasukan di Stadium Stamford Bridge, hujung minggu lalu. - Foto Reuters

Kelab gergasi Manchester United pula dirundung malang apabila mengalami kekalahan kedua berturut-turut dan kini menghuni tangga tercorot liga 20 pasukan itu selepas tewas 0-4 di tangan Brentford ketika bintang serangannya Cristiano Ronaldo tidak mampu menyelamatkan pasukan yang diwakilinya kali kedua.

Aksi di Stamford Bridge Sabtu lalu berlangsung tegang apabila Tuchel, pengendali Chelsea dan rakan sejawatnya Conte bercakaran di tepi padang pada perlawanan yang berakhir seri 2-2 ketika penyerang England, Harry Kane menafikan kemenangan tuan rumah dengan menyumbat gol penyamaan pada masa kecederaan.

Insiden di tepi padang lebih mencuri tumpuan apabila Tuchel bersalaman secara kasar dengan Conte sekali gus mencetus pergaduhan dan kedua-duanya dilayangkan kad merah oleh pengadil pada pertembungan jiran tetangga London itu.

Perangai buruk kedua-dua pengendali itu mencemarkan aksi yang ternyata berkualiti di tengah padang apabila Chelsea mendahului dua kali menerusi dua pemain pertahanan Kalidou Koulibaly dan Reece James sebelum Spurs menyamakan kedudukan dua kali menerusi Pierre-Emile Hojbjerg dan Kane.

Pertahanan Chelsea, Reece James (kiri) bersaing dengan penyerang Tottenham Hotspurs, Harry Kane. - Foto AFP
Pertahanan Chelsea, Reece James (kiri) bersaing dengan penyerang Tottenham Hotspurs, Harry Kane. - Foto AFP

Conte, yang pernah membantu Chelsea muncul juara liga sebelum ini, dan Tuchel dijangka menerima hukuman daripada Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris susulan insiden memalukan itu.

Liverpool diramal mampu menang aksi pertama di Anfield musim ini menentang Palace namun mereka bergelut ketika lawan mendahului pada babak pertama sebelum Luis Diaz menyelamatkan maruah di depan The Kops dengan gol penyamaan pada babak kedua.

Gol itu hadir empat minit selepas Nunez, yang berpindah dari Benfica pada musim panas ini, dilayangkan kad merah pada perlawanan sulungnya tampil dalam kesebelasan utama apabila dia dipersalahkan menanduk pemain Palace, Joachim Andersen.

Pemain Liverpool, Darwin Nunez (kanan) diasak pemain Crystal Palace, Jeffrey Schlupp. - Foto AP
Pemain Liverpool, Darwin Nunez (kanan) diasak pemain Crystal Palace, Jeffrey Schlupp. - Foto AP

Sayang sekali bagi pemain muda dari Uruguay itu yang pada mulanya mendapat kepercayaan penuh peminat selepas dia bertindak cemerlang beraksi sebagai pemain gantian pada dua aksi terdahulu, mengatasi Manchester City 3-1 pada Perisai Komuniti dan seri 2-2 dengan Fulham.

Kini Juergen Klopp tidak mempunyai banyak pilihan selain menurunkan Roberto Firmino yang kurang efektif dalam dua aksi sebelum ini sebagai penyerang ketika The Reds akan beradu kehebatan dengan Manchester United pada aksi ketiga liga 22 Ogos ini di Old Trafford.

Perlawanan itu pasti ditunggu-tunggu peminat ketika United kini bagaikan hilang arah selepas permulaan terburuk mereka dalam liga dengan dua kekalahan berturut-turut 2-1 di tangan Brighton dan 4-0 kepada Brentford Sabtu lalu.

Pengendali Erik ten Hag pasti lebih tertekan ketika rakan sejawatnya di City, Pep Guardiola bagaikan bergembira dengan permulaan baik membenam Bournemouth 4-0 selepas menang 2-0 ke atas West Ham pada aksi terdahulu.

Arsenal turut memulakan musim dengan sempurna dengan dua kemenangan selepas mengatasi Leicester 4-2 dengan bekas penyerang City, Gabriel Jesus bertindak cemerlang dengan dua gol dan cabaran pasukan kendalian Mikel Arteta itu tidak boleh dipandang enteng.

Sejumlah 28 gol dijaringkan dalam 10 perlawanan pada minggu kedua, sama banyaknya dengan minggu pertama ketika penyerang Leeds United dari Sepanyol, Rodrigo kini mendahului senarai penjaring terbanyak dengan tiga gol.

Pemain Leeds United, Rodrigo Moreno (dua dari kanan) cuba dihalang pemain Southampton, Mohamed Elyounoussi. - Foto AP
Pemain Leeds United, Rodrigo Moreno (dua dari kanan) cuba dihalang pemain Southampton, Mohamed Elyounoussi. - Foto AP

Berita Harian X