Rabu, 3 Ogos 2022 | 7:18pm
Pemain EPL kini tidak lagi perlu melutut sebagai sokongan kepada kempen anti perkauman. - REUTERS
Pemain EPL kini tidak lagi perlu melutut sebagai sokongan kepada kempen anti perkauman. - REUTERS

Pemain EPL tidak perlu lagi melutut

LONDON: Pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi akan melutut sebelum setiap perlawanan pada musim depan sebagai penghormatan untuk anti perkauman, kata satu kenyataan hari ini.

"Kami mengambil keputusan untuk memilih saat tertentu untuk melutut bagi menunjukkan perpaduam menentang sebarang jenis perkauman, dan dengan melakukannya ia menunjukkan kesepakatan bagi tujuan yang sama," kata Ketua EPL di laman sesawang mereka.

EPL menyokong keputusan berkenaan dan meneruskan mesej anti perkauman menerusi kempen "Tiada Ruang Buat Perkauman" iaitu kata-kata yang sudah ada pada lengan setiap pemain.

Pemain EPL mula melutut pada setiap perlawanan sejak Jun 2020, apabila musim bersambung selepas ditutup kerana COVID-19, sebulan sebelum pembunuhan warga Amerika Syarikat (AS), George Floyd.

Bekas pemain NFL, Colin Kaepernick mula melakukan perkara itu sebagai bantahan terhadap ketidakadilan dalam perkauman pada 2016.

Ia menjadi lambang dalam seluruh acara sukan sejak kematian Floyd yang dibunuh pegawai polis AS. - AFP

Berita Harian X