Sabtu, 11 Jun 2022 | 8:06pm
Penonton membanjiri pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Asia 2023, Malaysia menentang Bahrain. - NSTP/Aswadi Alias

Stadium Nasional makin 'panas', 61,864 tiket sudah terjual

KUALA LUMPUR: Di luar sejuk, di dalam panas.

Itu situasi yang tepat untuk menggambarkan suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Bahrain malam ini.

Mana tidaknya, cuaca hujan lebat tidak memadam semangat lebih 60,000 penyokong skuad Harimau Malaya yang hadir untuk menyaksikan pertembungan dua pasukan itu.

Kehadiran penyokong sebagai 'pemain ke-12' pasti menghangatkan lagi perlawanan ini apatah lagi kedua-dua pasukan memburu tiga mata bagi mendapatkan dua kemenangan berturut-turut.

Tidak dapat dipastikan berapa jumlah sebenar kehadiran namun setakat jam 5 petang, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan sebanyak 61,864 tiket sudah terjual bagi kedua dua perlawanan yang berlangsung pada hari ini.

Penonton membanjiri pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Asia 2023, Malaysia menentang Bahrain. - NSTP/Aswadi Alias
Penonton membanjiri pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Asia 2023, Malaysia menentang Bahrain. - NSTP/Aswadi Alias

Penonton membanjiri pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Asia 2023, Malaysia menentang Bahrain. - NSTP/Aswadi Alias
Penonton membanjiri pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Asia 2023, Malaysia menentang Bahrain. - NSTP/Aswadi Alias

Penonton membanjiri pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Asia 2023, Malaysia menentang Bahrain. - NSTP/Aswadi Alias
Penonton membanjiri pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Asia 2023, Malaysia menentang Bahrain. - NSTP/Aswadi Alias

Berdasarkan 'lautan penyokong' yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil, tidak keterlaluan jika aksi Malaysia menentang Bahrain ini seperti aksi final piala domestik bagi kancah bola sepak tempatan.

Situasi ini mungkin dibantu faktor perlawanan yang dilangsungkan pada hujung minggu sekali gus lebih ramai penyokong yang berkelapangan untuk hadir memberikan sokongan.

Perlawanan pada malam ini turut diserikan dengan kehadiran tetamu khas iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang turut hadir memberi sokongan kepada pemain negara.

Penonton membanjiri pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Asia 2023, Malaysia menentang Bahrain. - NSTP/Aswadi Alias
Penonton membanjiri pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Asia 2023, Malaysia menentang Bahrain. - NSTP/Aswadi Alias

Penonton membanjiri pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Asia 2023, Malaysia menentang Bahrain. - NSTP/Aswadi Alias
Penonton membanjiri pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Asia 2023, Malaysia menentang Bahrain. - NSTP/Aswadi Alias

Penonton membanjiri pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Asia 2023, Malaysia menentang Bahrain. - NSTP/Aswadi Alias
Penonton membanjiri pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Asia 2023, Malaysia menentang Bahrain. - NSTP/Aswadi Alias

Sebagai rekod, skuad Harimau Malaya akan menentang Bahrain yang menghuni ranking ke-89 dunia dengan kedua-dua pasukan kini berkongsi tiga mata hasil kemenangan pada aksi terdahulu.

Kemenangan ke atas Bahrain akan mencerahkan peluang Malaysia untuk mara ke Piala Asia secara merit pada tahun depan.

Selepas aksi berdepan Bahrain, Malaysia akan menutup kempen kelayakan berdepan Bangladesh, Selasa ini.

Penonton membanjiri pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Asia 2023, Malaysia menentang Bahrain. - NSTP/Aswadi Alias
Penonton membanjiri pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Asia 2023, Malaysia menentang Bahrain. - NSTP/Aswadi Alias

Penonton membanjiri di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Bahrain malam ini. - Foto NSTP/Aswadi Alias

Berita Harian X