Ahad, 15 Mei 2022 | 7:05am
Pemain Liverpool meraikan kejayaan menjuarai Piala FA selepas menewaskan Chelsea 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti di Wembley pagi tadi. - EPA
Pemain Liverpool meraikan kejayaan menjuarai Piala FA selepas menewaskan Chelsea 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti di Wembley pagi tadi. - EPA

Mentaliti 'raksasa' julang Liverpool

LONDON: Jurgen Klopp memuji 'mentaliti raksasa' pemainnya ketika Liverpool menahan rasa gementar untuk memenangi Piala FA selepas penentuan sepakan penalti berdepan Chelsea sekali gus berada di landasan untuk memburu empat kejuaraan.

Skuad kendalian Klopp menang 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti di Wembley apabila pertahanan Greece, Kostas Tsimikas menjadi wira dengan sepakan penting selepas Alisson Becker menyelamatkan percubaan Mason Mount awal pagi tadi.

Penjaga gol Liverpool, Alisson menyelamatkan sepakan penalti pemain Chelsea, Mason Mount. - Foto REUTERS
Penjaga gol Liverpool, Alisson menyelamatkan sepakan penalti pemain Chelsea, Mason Mount. - Foto REUTERS

Aksi final tamat dengan 0-0 selepas masa tambahan yang mencetuskan penentuan penalti dan menyaksikan percubaan pemain Chelsea, Cesar Azpilicueta diselamatkan dan usaha bintang Liverpool, Sadio Mane ditepis Edouard Mendy.

Pengurus Liverpool Jurgen Klopp dan barisan kejurulatihannya meraikan kejayaan menjuarai Piala FA selepas menewaskan Chelsea 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti di Wembley pagi tadi. - Foto AFP
Pengurus Liverpool Jurgen Klopp dan barisan kejurulatihannya meraikan kejayaan menjuarai Piala FA selepas menewaskan Chelsea 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti di Wembley pagi tadi. - Foto AFP

Buat kali kedua musim ini, Liverpool muncul juara mengatasi Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti selepas menewaskan pasukan sama 11-10 selepas keputusan 0-0 pada final Piala Liga Februari lalu.

Kejayaan pertama Liverpool menjulang Piala FA sejak 2006 meneruskan usaha mereka menjadi pasukan England pertama memenangi semua empat kejuaraan besar dalam satu musim.

Tatkala dua kejuaraan sudah berada dalam tangan, skuad Reds berharap pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City akan mencicirkan mata berbaki dua perlawanan.

"Ia perlawanan yang menakjubkan, perlawanan sengit. Chelsea juga berhak menang dengan cara yang sama, itulah jurangnya terlalu kecil," kata Klopp.

Pemain Liverpool, Luis Diaz bersama trofi kejuaraan dan Pemain Terbaik Perlawanan pada final Piala FA menentang Chelsea. - Foto REUTERS
Pemain Liverpool, Luis Diaz bersama trofi kejuaraan dan Pemain Terbaik Perlawanan pada final Piala FA menentang Chelsea. - Foto REUTERS

"Kami mengatasi tempoh yang bagus daripada Chelsea, dan kemudian mencipta saat yang bagus untuk kami sendiri.

"Kami ada mentaliti raksasa tetapi mereka juga ada kekuatan yang sama. Chelsea bermain dengan baik tetapi hanya ada satu juara dan hari ini ia menjadi milik kami."

Walaupun Liverpool tidak menang gelaran England kedua dalam tiga musim, mereka masih boleh menamatkan kempen dengan memenangi Liga Juara-Juara menentang Real Madrid di Paris pada 29 Mei ini. - AFP

Berita Harian X