Sabtu, 14 Mei 2022 | 7:09pm
Aksi skuad Harimau Muda (jersi kuning) ketika bertemu Singapura dalam saingan Sukan SEA di Stadium Thien Truong, Nam Dinh, Vietnam, hari ini. Keputusan berakhir 2-2. - Foto ihsan FB FAM.
Aksi skuad Harimau Muda (jersi kuning) ketika bertemu Singapura dalam saingan Sukan SEA di Stadium Thien Truong, Nam Dinh, Vietnam, hari ini. Keputusan berakhir 2-2. - Foto ihsan FB FAM.

Singapura tangguh hajat 'Harimau Muda' di Hanoi

KUALA LUMPUR: Hasrat skuad 'Harimau Muda' untuk menempah tiket awal ke separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA 2021 tertangguh selepas terikat 2-2 dengan Singapura di Stadium Thien Truong, Nam Dinh, Vietnam, sebentar tadi.

Aksi skuad Harimau Muda (jersi kuning) ketika bertemu Singapura dalam saingan Sukan SEA di Stadium Thien Truong, Nam Dinh, Vietnam, hari ini. Keputusan berakhir 2-2. - Foto ihsan FB FAM.
Aksi skuad Harimau Muda (jersi kuning) ketika bertemu Singapura dalam saingan Sukan SEA di Stadium Thien Truong, Nam Dinh, Vietnam, hari ini. Keputusan berakhir 2-2. - Foto ihsan FB FAM.

Malaysia yang perlu menang untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir berada di depan seawal minit keempat menerusi rembatan jarak dekat Luqman Hakim Shamsudin selepas menerima hantaran Mukhairi Ajmal Mahadi yang bijak merampas bola dari kaki pertahanan Singapura.

Kedudukan itu bagaimanapun hanya bertahan tiga minit apabila Singapura berjaya menyamakan kedudukan hasil rembatan deras dari luar kotak penalti yang dilakukan Muhammad Shah Shahiran.

Luqman mendapat peluang terbaik untuk menambah jaringan pada minit ke-32 apabila berdepan situasi satu lawan satu dengan Zaiful Nizam Abdullah, namun percubaannya berjaya diselamatkan penjaga gol Singapura itu.

Aksi skuad Harimau Muda (jersi kuning) ketika bertemu Singapura dalam saingan Sukan SEA di Stadium Thien Truong, Nam Dinh, Vietnam, hari ini. Keputusan berakhir 2-2. - Foto ihsan FB FAM.
Aksi skuad Harimau Muda (jersi kuning) ketika bertemu Singapura dalam saingan Sukan SEA di Stadium Thien Truong, Nam Dinh, Vietnam, hari ini. Keputusan berakhir 2-2. - Foto ihsan FB FAM.

Selepas aksi sengit dipamerkan kedua-dua pasukan, Singapura berjaya mendapatkan gol kedua menerusi Harhys Rizal Gareth Ian yang menolak masuk bola berpunca daripada sepakan percuma Muhammad Shah.

Bagaimanapun, kedudukan itu juga tidak bertahan lama apabila Malaysia menyamakan kedudukan empat minit kemudian menerusi jaringan Faiz Amer Runnizar dan kedudukan 2-2 kekal hingga wisel penamat.

Skuad kendalian Brad Maloney kekal di kedudukan teratas Kumpulan B dengan mengumpul tujuh mata, sementara Singapura yang sudah mengharungi empat perlawanan pula di tangga kedua dengan lima mata.

Malaysia perlu menunggu keputusan perlawanan antara Thailand dan Kemboja malam ini yang mana jika aksi kedua-dua pasukan itu tidak berakhir dengan keputusan seri, satu slot ke separuh akhir sah akan menjadi milik anak buah Maloney.

Namun, sekiranya aksi Thailand dan Kemboja berkesudahan seri, skuad negara perlu mengelak daripada tewas di tangan Kemboja pada aksi terakhir kumpulan di gelanggang sama pada Isnin ini untuk ke separuh akhir atau meraih kemenangan jika mahu mara selaku juara kumpulan.

Berita Harian X