Selasa, 19 April 2022 | 12:05am
Pemain Johor Darul Tazim (JDT), Bergson Da Silva meraikan jaringannya bersama rakan ketika menentang Ulsan Hyundai FC pada perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 di Stadium Sultan Ibrahim. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN
Pemain Johor Darul Tazim (JDT), Bergson Da Silva meraikan jaringannya bersama rakan ketika menentang Ulsan Hyundai FC pada perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 di Stadium Sultan Ibrahim. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

JDT malukan Ulsan Hyundai

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) melakar kejutan apabila menewaskan pasukan berstatus bintang dari Korea Selatan, Ulsan Hyundai 2-1 pada aksi Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi sekali gus kekal di tangga teratas kumpulan.

Pada perlawanan itu, tiada perubahan ketara dilakukan pengendali JDT, Benjamin Mora terhadap kesebelasan utama yang diturunkan apabila menyenaraikan Nazmi Faiz Mansor dan merehatkan Afiq Fazail bagi menguatkan jentera tengah sambil mengekalkan barisan yang sama ketika menentang Guangzhou FC, Jumaat lalu.

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman diasak pemain lawan, Lee Myung Jae ketika aksi Pasukan JDT menentang Pasukan Ulsan Hyundai FC pada Perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 bagi saingan kumpulan I di Stadium Sultan Ibrahim. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN
Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman diasak pemain lawan, Lee Myung Jae ketika aksi Pasukan JDT menentang Pasukan Ulsan Hyundai FC pada Perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 bagi saingan kumpulan I di Stadium Sultan Ibrahim. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

Apapun Ulsan Hyundai yang berstatus juara ACL musim 2020 tampak bermula garang sebaik babak pertama bermula apabila hampir mencipta gol seawal minit kedua selepas bola hantaran lintang Valeri Qazaishvili di sambar Leonardo Nascimento tetapi penjaga gol, Haziq Nadzli sempat menampan bola.

Namun JDT mengejutkan skuad kendalian Hong Myung-bo seminit kemudian selepas Fernando Forestieri yang mengawal bola di luar kotak penalti bijak melencongkan bola tepat ke penjuru kiri gawang memerangkap penjaga gol, Jo Hyeon-woo untuk meletak tuan rumah mendahului 1-0.

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva diasak pemain lawan, Lee Myung Jae dalam aksi Pasukan JDT menentang Pasukan Ulsan Hyundai FC pada Perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 bagi saingan kumpulan I di Stadium Sultan Ibrahim. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN
Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva diasak pemain lawan, Lee Myung Jae dalam aksi Pasukan JDT menentang Pasukan Ulsan Hyundai FC pada Perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 bagi saingan kumpulan I di Stadium Sultan Ibrahim. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

Skuad Harimau Selatan tampak bernafsu menyusun serangan dan kerap menggunakan Ariff Aiman Hanapi bergerak di posisi sayap kanan dengan melakukan hantaran lintang mencari Bergson Da Silva dan Forestieri namun benteng Ulsan Hyundai bertindak pantas memintas bola sepakan itu.

Ulsan Hyundai berpeluang menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-36 selepas bola tandukan Leonardo sekadar singgah ke tiang gol selepas menerima bola sepakan lintang Yun Il-lok ketika Haziq sudah tertewas.

Peluang terbaik JDT menambah jaringan hadir pada minit ke-42 selepas bola sepakan deras Nazmi Faiz di dalam kotak penalti tatkala menerima bola lorongan Ariff Aiman berjaya di tampan Hyeon-woo.

Bersambung babak kedua, anak didik Myung-bo mula memberi tekanan terhadap benteng JDT dan berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-52 selepas pemain gantian, Um Wong-san merembat bola leret menewaskan Haziq berpunca daripada bola umpanan Seol Young-woo.

Malang buat Forestieri yang sepatutnya mampu mencetak gol kedua peribadi pada minit ke-55 berpunca daripada kesilapan benteng Ulsan Hyundai tetapi bola rembatan deras pemain import dari Argentina hanya sipi dari pintu gol.

JDT kehilangan Haziq pada minit ke-76 selepas penjaga gol itu berlanggar dengan pemain gantian, Márk Koszta ketika cuba menghalang pemain dari Ulsan Hyundai melakukan percubaan dan Izham Tarmizi Roslan dibawa masuk bagi mengemudi gawang gol.

JDT ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila meledak gol kedua selepas Bergson yang menerima bola umpanan Safawi Rasid bertindak melencongkan bola tepat ke penjuru kanan gol menewaskan Hyeon-woo yang sekadar melihat bola menerjah jaring dan kedudukan 2-1 kekal memihak JDT sehingga tamat perlawanan.

Sementara itu, Guangzhou FC menjadi mangsa kenduri gol dalam saingan ACL musim ini apabila mudah diratah Kawasaki Frontale 0-8 pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, petang tadi.

Pesta gol skuad kendalian Toru Oniki bermula seawal minit ke-12 oleh Kei Chinen dan dia juga mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-12. Turut mencipta jaringan adalah Shntaro Kurumaya (m16, m71) selain Ten Miyagi pada minit ke-60.

Bintang Thailand, Chanathip Songkrasin yang beraksi pada perlawanan itu turut menjaringkan gol pada minit ke-68 bagi melengkapkan kemenangan bergaya kelab dari Jepun untuk berada di tangga kedua kumpulan.

Berita Harian X