Sabtu, 16 April 2022 | 7:15am
Nemanja Matic, 33, menyertai Manchester United dari Chelsea pada tahun 2017. - Foto AGENSI
Nemanja Matic, 33, menyertai Manchester United dari Chelsea pada tahun 2017. - Foto AGENSI

Matic tinggalkan United akhir musim ini

MANCHESTER: Pemain tengah Manchester United Nemanja Matic berkata dia akan meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris itu pada akhir musim ini, selepas lima tahun di Old Trafford.

Pemain Serbia itu, yang kontraknya di United sehingga tahun depan, membuat 26 penampilan dalam semua pertandingan untuk kelab itu musim ini.

"Saya sudah memaklumkan lembaga pengarah, pengendali dan pemain-pemain berkenaan keputusan saya. Ia satu penghormatan dan penghargaan dapat bermain untuk kelab hebat ini.

"Terima kasih kepada peminat di atas sokongan mereka. Saya akan mencurahkan segalanya sehingga tamat musim ini bagi membantu rakan sepasukan menamatkan saingan di kedudukan terbaik," kata Matic.

Matic, 33, menyertai United dari Chelsea pada tahun 2017 ketika di bawah kendalian Jose Mourinho, selepas beraksi cemerlang untuk pengendali dari Portugal itu di Stamford Bridge pada kempen 2014-15.

United kini di tangga ketujuh liga dengan 51 mata daripada 31 perlawanan. Mereka akan melayan kunjungan pasukan tercorot Norwich City malam ini. - REUTERS

Berita Harian X