COPENHAGEN: Christian Eriksen akan kembali buat pertama kali menyertai pasukan kebangsaan Denmark pada akhir bulan ini, sejak mengalami serangan jantung di atas padang ketika Kejohanan Eropah, Jun lalu.
Perkara itu diumumkan persatuan bola sepak Denmark, hari ini. Pemain berusia 30 tahun itu kini menggunakan alat bantuan jantung selepas rebah secara tiba-tiba ketika perlawanan menentang Finland.
Eriksen membuat kemunculan semula selepas mewakili kelab Liga Perdana Inggeris, Brentford. Dia membuat penampilan pertama untuk kelab itu sebagai pemain gantian ketika menentang Newcastle United pada 26 Februari lalu.
Eriksen yang dipasang dengan 'implantable cardioverter defibrillator (ICD)' dipilih untuk bermain dalam perlawanan persahabatan Denmark menentang Belanda pada 26 Mac dan Serbia (29 Mac).
- AFP