Jumaat, 4 Februari 2022 | 9:00pm
Pasukan Sabah FC giat menjalani latihan di Kota Kinabalu semalam, sebagai persiapan bagi menghadapi beberapa aksi persahabatan menjelang saingan Liga M awal bulan depan. - Foto ihsan Facebook Sabah FC.

SAFA terima tajaan RM500,000

KOTA KINABALU: Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) menerima tajaan bernilai RM500,000 daripada Red One Holding Bhd (redONE).

Tajaan itu diserahkan kepada SAFA oleh Pengerusi redONE Tan Sri TC Goh ketika majlis makan malam bagi mengumpul dana anjuran persatuan bola sepak itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini pada Khamis.

Goh yang juga Presiden Persekutuan Persatuan Cina Sabah berharap tajaan itu mampu membantu meningkatkan prestasi pasukan bola sepak Negeri di Bawah Bayu.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang juga Presiden SAFA, pula berterima kasih kepada redONE atas sokongannya.

- BERNAMA

Berita Harian X