Isnin, 17 Januari 2022 | 9:07pm
Bekas pemain Tottenham dan Inter Milan, Christian Eriksen. - Foto ihsan The Sun.
Bekas pemain Tottenham dan Inter Milan, Christian Eriksen. - Foto ihsan The Sun.

Brentford sedang berunding dapatkan Eriksen

LONDON: Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Brentford dilaporkan sedang dalam perbincangan untuk mengikat bekas pemain Tottenham dan Inter Milan, Christian Eriksen dengan kontrak selama enam bulan.

Jantung Eriksen terhenti kepada aksi Kejuaraan Eropah lalu ketika mewakili Denmark berdepan Finland, namun dia diselamatkan atas tindakan pantas kapten pasukannya, Simon Kjaer serta pasukan perubatan.

Insiden itu menyaksikan dia terpaksa memakai defibrillator jantung (ICD) yang sentiasa memantau degup jantungnya serta mampu menghantar signal kepada jantung sekiranya perlu.

Namun pemasangan peranti itu menyaksikan dia tidak dibenarkan untuk beraksi di Serie A sekali gus terpaksa dilepaskan Inter.

Brentford yang juga pendatang baharu EPL, berminat untuk mendapatkan Eriksen yang kini berstatus ejen bebas.

Sekalipun memakai ICD namun dia dibenarkan untuk beraksi di England dan rundingan enam bulan itu boleh dilanjutkan sekiranya semua berjalan lancar.

- AGENSI

Berita Harian X