Ahad, 16 Januari 2022 | 9:06pm
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi. - Foto NSTP/Ezairi Shamsudin.
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi. - Foto NSTP/Ezairi Shamsudin.

Rayu jaminan kerajaan anjur kelayakan Piala Asia 2023

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengharapkan bantuan daripada kerajaan supaya skuad Harimau Malaya dapat beraksi di laman sendiri dalam saingan kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun ini.

Sehubungan itu, beliau merayu jaminan daripada kerajaan supaya saingan kelayakan kejohanan berkenaan dapat diteruskan tanpa sebarang halangan sekiranya Malaysia berjaya dalam bidaan menjadi tuan rumah.

Ini kerana situasi COVID-19 yang tidak menentu menyebabkan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) tampak bimbang jika saingan itu terpaksa dibatalkan seperti pernah dialami dalam saingan domestik andai Malaysia diberi hak penganjuran nanti.

"Kita memang berusaha sehabis baik bagi memastikan bidaan ke Kuala Lumpur dapat dijayakan. Tetapi saya mendapat maklumat mungkin faktor kuarantin dan prosedur operasi standard (SOP) itu akan jadi kekangan kepada bidaan kita.

"Kita takut pertandingan (kelayakan Piala Asia 2023) itu tidak dibenarkan kalau kes (COVID-19) tiba-tiba bertambah dan kerajaan kata pertandingan tidak boleh dilangsungkan pada masa itu. Itu yang dikhuatiri berlaku nanti.

"Soal venue tidak jadi masalah ketika ini. Kita nampak mereka (AFC) lebih fokus pada soal sama ada pertandingan itu boleh dilaksanakan di Malaysia dan kepastian mengenai perkara itu.

"Sekiranya dapat jaminan bahawa pertandingan ini akan tetap dilaksanakan, saya ingat kita ada peluang cerah untuk menjadi tuan rumah," katanya.

Terdahulu, FAM dilaporkan tidak mahu berputus asa dalam membida salah satu daripada enam venue berpusat yang akan ditawarkan kepada 24 pasukan yang bertanding dalam saingan kelayakan Piala Asia 2023, Jun ini.

Setiausaha Agung FAM, Saifudddin Abu Bakar berkata bidaan tuan rumah saingan kelayakan itu tetap akan diteruskan berikutan ia memberi banyak kelebihan dan kebaikan terutamanya dalam menjana pendapatan kepada pihak berkaitan selain merancakkan kembali industri bola sepak negara selepas mengharungi musim 'sendu'.

Dalam perkembangan sama, Yusoff mengakui 'poket' FAM sudah bersedia untuk mengeluarkan berapa sahaja belanja yang diperlukan bagi menganjurkan pusingan kelayakan Piala Asia 2023 di ibu negara.

"Kita sudah hantar bidaan. Jadi apabila kita menghantar bidaan, ini bermakna FAM bersedia dengan apa sahaja kos yang diperlukan untuk membawa pertandingan itu ke sini," katanya.

"Soal venue tidak jadi masalah ketika ini. Kita nampak mereka (AFC) lebih fokus pada soal sama ada pertandingan itu boleh dilaksanakan di Malaysia dan kepastian mengenai perkara itu.

"Sekiranya dapat jaminan bahawa pertandingan ini akan tetap dilaksanakan, saya ingat kita ada peluang cerah untuk menjadi tuan rumah," katanya.

Terdahulu, FAM dilaporkan tidak mahu berputus asa dalam membida salah satu daripada enam venue berpusat yang akan ditawarkan kepada 24 pasukan yang bertanding dalam saingan kelayakan Piala Asia 2023, Jun ini.

Setiausaha Agung FAM, Saifudddin Abu Bakar berkata bidaan tuan rumah saingan kelayakan itu tetap akan diteruskan berikutan ia memberi banyak kelebihan dan kebaikan terutamanya dalam menjana pendapatan kepada pihak berkaitan selain merancakkan kembali industri bola sepak negara selepas mengharungi musim 'sendu'.

Dalam perkembangan sama, Yusoff mengakui 'poket' FAM sudah bersedia untuk mengeluarkan berapa sahaja belanja yang diperlukan bagi menganjurkan pusingan kelayakan itu di Kuala Lumpur.

"Kita sudah hantar bidaan. Jadi apabila kita menghantar bidaan, ini bermakna FAM bersedia dengan apa sahaja kos yang diperlukan untuk membawa pertandingan itu ke sini," katanya.

Berita Harian X