Ahad, 16 Januari 2022 | 8:28pm
 Presiden MUSA, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali (tengah), EXCO Sukan Melaka, V P Shanmugam dan Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United FC, Datuk Seri Justin Lim (kiri) pada sidang media selepas Kongres MUSA ke-66 di Hotel MITC, Ayer Keroh, hari ini. - Foto NSTP/Syafeeq Ahmad.
Presiden MUSA, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali (tengah), EXCO Sukan Melaka, V P Shanmugam dan Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United FC, Datuk Seri Justin Lim (kiri) pada sidang media selepas Kongres MUSA ke-66 di Hotel MITC, Ayer Keroh, hari ini. - Foto NSTP/Syafeeq Ahmad.

Melaka umum skuad sebelum Tahun Baru Cina

AYER KEROH: Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United FC, Datuk Seri Justin Lim berkata barisan pemain dan kejurulatihan skuadnya yang bakal menjadi sandaran saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini akan diumumkan sebelum sambutan Tahun Baru Cina.

Katanya, akan terdapat rombakan dalam pasukan berkenaan dalam usaha membentuk momentum lebih positif.

"Kita masih dalam persediaan dan barisan baharu akan diumumkan pada penghujung minggu depan sebelum perayaan Tahun Baharu Cina.

"Ramai yang tertanya-tanya barisan pasukan MUFC terutama siapakah jurulatih, namun kita akan umumkan selepas ini. Kita yakin MUFC mampu berada di tangga terbaik untuk liga musim 2022," katanya selepas menghadiri Kongres MUSA ke-66 di Ayer Keroh hari ini.

Dalam pada itu, Justin berkata pihaknya sedang melaksanakan penilaian prestasi kepada semua pemain Melaka United sebelum menyenaraikan kehadiran pemain import baharu dalam pasukan itu.

Menurutnya, pihaknya juga perlu mengambil masa untuk melaksanakan rombakan termasuk menganalisis pemain-pemain yang berada dalam skuad terbabit sehingga mengambil masa sebelum kemasukan pemain baharu.

Katanya, pendekatan berkenaan perlu dalam usaha memantapkan pasukan itu ke arah yang lebih baik selepas merekodkan pencapaian mara ke separuh akhir Piala Malaysia musim lalu.

Berita Harian X