Selasa, 30 November 2021 | 11:33pm
 Pemain Kuala Lumpur City FC Zhafri Yahya meraikan jaringan gol pertama bagi pasukan itu pada Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2021 antara Johor Darul Ta’zim bertemu Kuala Lumpur City FC (KL City) di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. - FOTO BERNAMA

Final Piala Malaysia: Zhafri dinobat pemain terbaik

KUALA LUMPUR: Pemain tengah Kuala Lumpur City (KL City), Zhafri Yahya dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir Piala Malaysia 2021.

Dia yang berusia 27 tahun meledak gol pertama KL City pada minit ke-66 untuk membantu skuad City Boys menewaskan juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) 2-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Kejayaan itu menyaksikan KL City menamatkan penantian 32 tahun skuad City Boys selepas kali terakhir dimenangi mereka pada 1989.

Berita Harian X