Selasa, 30 November 2021 | 6:23pm
Penyokong JDT berarak sebelum memasuki Stadium Nasional. NSTP/AIZUDDIN SAAD

Penyokong JDT, KL mula banjiri Stadium Nasional

KUALA LUMPUR: Ribuan penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kuala Lumpur City (KL City) sudah mula membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia, malam ini.

Walaupun tidak semeriah aksi final dalam tahun-tahun sebelum ini susulan hanya 20,000 penonton di benarkan masuk ke stadium, namun kehangatan di pekarangan stadium ketika ini tetap dapat dirasai.

Terikat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19, sebilangan penyokong tampak tetap teruja dan menghangatkan lagi suasana dengan menyanyikan lagu buat pasukan masing-masing walaupun perlawanan hanya akan bermula jam 9 malam ini.

Penyokong JDT berarak sebelum memasuki Stadium Nasional. NSTP/AIZUDDIN SAAD
Penyokong JDT berarak sebelum memasuki Stadium Nasional. NSTP/AIZUDDIN SAAD

Penyokong JDT berarak sebelum memasuki Stadium Nasional. NSTP/AIZUDDIN SAAD
Penyokong JDT berarak sebelum memasuki Stadium Nasional. NSTP/AIZUDDIN SAAD

Penyokong JDT berarak sebelum memasuki Stadium Nasional. NSTP/AIZUDDIN SAAD
Penyokong JDT berarak sebelum memasuki Stadium Nasional. NSTP/AIZUDDIN SAAD

Seorang penyokong Kuala Lumpur City (KL City) bertemu dengan sebahagian penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) yang hadir memeriahkan suasana perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. NSTP/AIZUDDIN SAAD

Penyokong JDT, Azman Azmi mengakui suasana bagi final kali ini jauh berbeza dengan apa yang dirasai penyokong dalam final sebelum ini.

"Suasana tetap meriah tapi tidak semeriah sebelum ini yang mana perkarangan stadium sesak dengan puluhan ribu penyokong sejak dari tengah hari.

"Tapi kita terpaksa terima kerana inilah kebiasaan baharu yang perlu diharungi. Bagi perlawanan di atas padang saya fikir tetap sengit," katanya yang menaruh keyakinan JDT boleh memenangi Piala Malaysia yang dimenangi tahun 2019.

BEKAS Penulis Sukan NST merangkap penyokong KL City, Devinder Singh, (kiri) memberi keterangan kepada penyokong KL City mengenai buku koleksi pemain KL City ketika tiba di Perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur bagi menyaksikan Pasukan JDT menentang Pasukan KL City dalam Pra-Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2021 pada malam ini. NSTP/AZHAR RAMLI

Sementara itu, penyokong KL City, Firdaus Mohamad mengakui sangat teruja untuk menyaksikan perlawanan akhir selepas sekian lama skuad City Boys tidak berjaya ke final.

"Walaupun perlu mematuhi pelbagai SOP mengikut kebiasaan baharu, tapi bagi saya ia tiada masalah dan sebagai penyokong KL City kami sangat teruja," katanya.

Perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini cukup istimewa kerana trofi itu akan menyambut ulang tahun ke-100 selain ini juga adalah penganjuran aksi final buat kali pertama dalam liga bola sepak tempatan selepas negara dilanda COVID-19.

Berita Harian X