Rabu, 27 Oktober 2021 | 7:54pm
Azman Naim bertemu TMJ buat pertama kali pada 2 September lalu.
Azman Naim bertemu TMJ buat pertama kali pada 2 September lalu.

'Rumput panjang 1 mm pun TMJ tahu'

KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sudah boleh dianggap sebagai 'pakar' dalam aspek padang bola sepak.

Ia selepas pemilik akaun Twitter, Azman Naim 44 Mantra mendedahkan bahawa dia terkejut apabila Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) boleh perasan walaupun rumput di Stadium Sultan Ibrahim panjang 1 milimeter (mm).

"Semalam saya menghadap TMJ di Stadium JDT. Saya sempat ikut TMJ pusing check (pantau) padang sebelum TMJ berangkat balik.

"Satu yang aku pelik, TMJ boleh perasan rumput itu panjang 1 mm. Tak payah ukur, memang betul panjang 1 mm. Memang TMJ master dah bab padang," tulis Azman di Twitter miliknya.

Malah, ciapan itu turut dikongsikan TMJ menerusi akaun Twitter milik beliau sambil menulis: "Pening kepala Mat Salleh jaga padang".

Sebelum ini, Azman atau nama sebenarnya Mohd Nur Azman Naim dilaporkan sudah menghadap TMJ selepas dia tular di media sosial susulan sebuah lagu parodi berjudul My Sejahtera Way.

Berita Harian X