Khamis, 30 September 2021 | 7:39am
Cristiano Ronaldo (dua dari kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan Manchester United selepas menewaskan Villarreal dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah di Old Trafford. - Foto AFP
Cristiano Ronaldo (dua dari kanan) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan Manchester United selepas menewaskan Villarreal dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah di Old Trafford. - Foto AFP

Solskjaer anggap United bernasib baik

MANCHESTER: Ole Gunnar Solskjaer mengakui Manchester United kendaliannya bernasib baik selepas Cristiano Ronaldo mencatat rekod penampilan ke-178 Liga Juara-Juara Eropah dengan gol kemenangan minit ke-95 ketika menewaskan Villarreal 2-1 di Old Trafford.

Pemenang lima kali Ballon d'Or itu tidak banyak melakukan percubaan sehingga dia menewaskan Geronimo Rulli untuk gol kelimanya dalam lima perlawanan bersama United musim ini.

Anak buah Solskjaer berisiko tersingkir di peringkat kumpulan sekali lagi apabila ketinggalan hasil jaringan Paco Alcacer di awal permainan.

Alex Telles bagaimanapun memberi harapan buat United dengan gol penyamaan sebelum jaringan masa kecederaan Ronaldo memastikan peluang dalam Kumpulan F masih terbuka buat mereka.

Reaksi Cristiano Ronaldo selepas meledak gol kemenangan ketika menentang Villarreal. - Foto EPA
Reaksi Cristiano Ronaldo selepas meledak gol kemenangan ketika menentang Villarreal. - Foto EPA

"Itu apa yang terjadi di Old Trafford, kami berusaha keras dan akhirnya bernasib baik. Apabila anda mempunyai Cristiano Ronaldo di atas padang, peluang sentiasa ada," kata Solskjaer.

Gol Ronaldo itu mengatasi jaringan terkenal Solskjaer ketika memenangi Liga Juara-Juara 1999 untuk gol kemenangan paling lewat dalam kejohanan.

Villarreal yang menguasai permainan sebelum itu jelas kecewa dan hanya boleh menyalahkan diri sendiri apabila terlepas tiga mata.

"Kami kecewa. Perlawanan sepatutnya milik kami, kami hanya perlu mempertahankannya tetapi tidak melakukannya. Kami cemerlang sebelum itu. Mendahului permainan, mencipta peluang dan lebih baik berbanding Manchester United di Old Trafford," kata pertahanan Villarreal Pau Torres. - AFP

Aksi Cristiano Ronaldo (kanan) diasak kapten Villarreal, Raul Albiol. - Foto EPA
Aksi Cristiano Ronaldo (kanan) diasak kapten Villarreal, Raul Albiol. - Foto EPA

Reaksi berbeza pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer (kiri) dan pengendali Villarreal, Unai Emery. - Foto AFP
Reaksi berbeza pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer (kiri) dan pengendali Villarreal, Unai Emery. - Foto AFP

Gaya Paco Alcacer (kiri) selepas ledak gol pembukaan Villarreal. - Foto EPA
Gaya Paco Alcacer (kiri) selepas ledak gol pembukaan Villarreal. - Foto EPA

Aksi penjaga gawang Manchester United, David de Gea ketika cuba menghalang percubaan penyerang Villarreal, Paco Alcacer (tiga dari kiri). - Foto AFP
Aksi penjaga gawang Manchester United, David de Gea ketika cuba menghalang percubaan penyerang Villarreal, Paco Alcacer (tiga dari kiri). - Foto AFP

Reaksi pemain pertahanan Manchester United dari Brazil, Alex Telles selepas menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Villarreal di Old Trafford. - Foto AFP
Reaksi pemain pertahanan Manchester United dari Brazil, Alex Telles selepas menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Villarreal di Old Trafford. - Foto AFP

Berita Harian X