Rabu, 22 September 2021 | 1:12pm
Penyerang West Ham United, Jarrod Bowen (tengah) cuba diasak Cristiano Ronaldo (kiri), Luke Shaw (dua kanan) dan Fred (kanan) ketika aksi EPL di Stadium London pada Ahad lalu. - Foto AFP.
Penyerang West Ham United, Jarrod Bowen (tengah) cuba diasak Cristiano Ronaldo (kiri), Luke Shaw (dua kanan) dan Fred (kanan) ketika aksi EPL di Stadium London pada Ahad lalu. - Foto AFP.

Peluang West Ham balas dendam, kejutkan United

LONDON: Manchester United akan melayan kunjungan West Ham United dalam saingan Piala Liga awal pagi esok waktu Malaysia.

Kedua-dua pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bersaing sengit dalam aksi liga hujung minggu lalu dengan United kendalian Ole Gunnar Solskjaer menang 2-1 hasil jaringan pemain gantian Jesse Linggard di akhir permainan.

Piala Liga antara peluang terbaik buat United, yang kembali diperkuat Cristiano Ronaldo, untuk menamatkan kemarau trofi. West Ham dikendali David Moyes bagaimanapun tidak boleh dipandang remeh selepas hampir meragut kemenangan United di Stadium London sebelum ini.

United mempunyai rekod lebih baik berbanding West Ham dalam pertemuan antara mereka dengan memenangi 70 daripada 147 perlawananan, manakala West Ham hanya menang 45 kali.

Amad Diallo dan Marcus Rashford tidak dapat beraksi untuk United akibat kecederaan. Phil

Jones dan Dean Henderson juga belum cukup cergas dan mungkin tidak dapat diturunkan. Michail Antonio yang digantung hujung minggu lalu akan menerajui jentera serangan West Ham, manakala Winston Reid tidak disenaraikan akibat kecederaan.

Berdasarkan pertemuan terakhir mereka, West Ham dilihat mampu mengejutkan United, tambahan pula dengan prestasi memberangsangkan Antonio musim ini. Antonio sudah meledak empat gol dalam empat penampilan liga musim ini manakala satu dalam saingan Liga Europa.

West Ham dijangka mampu melakukan kejutan namun kelebihan tetap berpihak kepada United.

Jangkaan kesebelasan utama: Manchester United (4-2-3-1): Tom Heaton; Alex Telles, Eric Bailly, Victor Lindelof, Diogo Dalot; Nemanja Matic, Donny van de Beek; Jesse Lingard, Anthony Martial, Jadon Sancho; Edinson Cavani

West Ham (4-2-3-1): Alphonse Areola; Arthur Masuaku, Kurt Zouma, Craig Dawson, Ryan Fredericks; Mark Noble, Tomas Soucek; Nikola Vlasic, Said Benrahma, Andriy Yarmolenko; Michail Antonio

Berita Harian X