Isnin, 14 Jun 2021 | 7:46pm
Penyerang Jerman, Thomas Mueller (kiri) bersama rakan sepasukan selepas sesi latihan dekat Herzogenaurach, Jerman. - AFP
Penyerang Jerman, Thomas Mueller (kiri) bersama rakan sepasukan selepas sesi latihan dekat Herzogenaurach, Jerman. - AFP

EURO: Hernandez bimbang ancaman Mueller

MUNICH, Jerman: Pertahanan Perancis, Lucas Hernandez berkata rakan sepasukannya di Bayern Munich, Thomas Mueller adalah pemain Jerman yang perlu disekat pasukan juara dunia itu dalam saingan Euro 2020 awal pagi Rabu ini.

Hernandez menghabiskan dua musim bersama juara Bundesliga, Bayern selepas berhijrah dari Atletico Madrid pada 2019.

Pemain berusia 25 tahun itu akan disenaraikan buat pelawat berdepan beberapa rakan sepasukannya di Bayern dalam perlawanan dekat Allianz Arena yang menemukan dua gergasi Eropah itu.

Selepas dua tahun diketepikan daripada bola sepak antarabangsa, Mueller dipanggil kembali oleh jurulatih Jerman, Joachim Loew.

Hernandez melihat pemai tengah penyerang itu sebagai ancaman yang perlu disekat pertahanan Perancis.

Bintang Bayern berusia 31 tahun itu dijangka akan membuat penampilan ke-103 bersama Jerman dan memburu gol ke-40 buat Mannschaft.

"Dia (Mueller) kembali ke tahap terbaiknya dan dia berhak kembali ke pasukan kebangsaan (Jerman)," kata Hernandez.

"Kami tahu dia adalah pemain yang bagus, sangat bijak.

"Kami perlu menghalangnya sedikit supaya dia tidak boleh terbabit terlalu banyak dengan permainan." - AFP

Berita Harian X