Sabtu, 29 Mei 2021 | 10:36am
Penyokong Manchester City bertembung dengan pihak polis di Ribeira, Porto menjelang final Liga Juara-Juara. - Foto AFP
Penyokong Manchester City bertembung dengan pihak polis di Ribeira, Porto menjelang final Liga Juara-Juara. - Foto AFP

Penyokong Inggeris buat kacau di Porto

PORTO: Penyokong-penyokong Manchester City dan Chelsea bergaduh menjelang aksi final Liga Juara-Juara di Porto.

Ratusan peminat berkumpul di Portugal bagi menyaksikan pertarungan antara dua kelab Liga Perdana Inggeris itu awal pagi esok.

Bagaimanapun keadaan menjadi tegang dalam kalangan penyokong Inggeris dari kedua-dua pasukan yang mabuk di kota berkenaan.

Pihak polis tempatan terpaksa meleraikan beberapa insiden pergaduhan dan pekerja bar terpaksa menutup kedai mereka.

Pegawai polis mengawal pada malam perlawanan bola sepak terakhir Liga Juara-Juara UEFA antara Manchester United dan Chelsea di stadium Dragao. - Foto AFP
Pegawai polis mengawal pada malam perlawanan bola sepak terakhir Liga Juara-Juara UEFA antara Manchester United dan Chelsea di stadium Dragao. - Foto AFP

Sebelum itu pergaduhan tercetus apabila penyokong dari England marah kerana bar ditutup awal susulan larangan pergerakan COVID-19.

Dua penyokong dilaporkan cedera berhampiran stesen keretapi Sao Bento selepas pertembungan dengan polis anti rusuhan.

"Cuma perkara kecil - mereka mahu terus minum tetapi polis mengarahkan mereka pulang ke hotel masing-masing," kata salah seorang saksi.

Ketegangan turut tercetus selepas penyokong City mengejek peminat Manchester United yang sedang bercuti selepas pasukan mereka tewas penentuan penalti kepada Villarreal dalam final Liga Europa.

Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) memindahkan lokasi final Liga Juara-Juara dari Istanbul ke Porto bagi membolehkan penyokong Inggeris menonton perlawanan berkenaan susulan lonjakan kes COVID-19 di Turki. - AGENSI

Berita Harian X