Isnin, 5 April 2021 | 7:09am
Mason Greenwood meraikan jaringannya buat Manchester United ketika menentangBrighton Hove Albion di Manchester. - EPA
Mason Greenwood meraikan jaringannya buat Manchester United ketika menentangBrighton Hove Albion di Manchester. - EPA

Man Utd bangkit tewaskan Brighton

LONDON: Manchester United bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Brighton 2-1 awal pagi tadi untuk mengurangkan kelebihan Manchester City di persada Liga Perdana kepada 14 mata.

Ini bukanlah kali pertama musim ini, United memerlukan kebangkitan pada babak kedua selepas persembahan longgar pada 45 minit pertama seterusnya memungut tiga mata hasil jaringan Marcus Rashford dan Mason Greenwood.

Danny Welbeck membuka jaringan buat Seagulls berdepan kelab lamanya sebelum cubaan Lewis Dunk terkena palang buat pelawat.

Bagaimanapun Brighton mengulangi cerita yang sama musim ini apabila gagal menggunakan sepenuhnya dominasi sebelum rehat.

Rashford meledak gol penyamaan pada minit ke-62 hasil hantaran Bruno Fernandes.

Fernandes sekali lagi terbabit mencari gol kemenangan apabila hantaran lintangnya diambil Paul Pogba yang kemudiannya melakukan cubaan dan sampai kepada Greenwood untuk menjaringkan gol keduanya dalam liga musim ini. - AFP

Berita Harian X