Isnin, 8 March 2021 | 12:07am
Pemain Fulham, Mario Lemina meraikan jaringannya ketika menentang Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris sebentar tadi.
Pemain Fulham, Mario Lemina meraikan jaringannya ketika menentang Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris sebentar tadi.

Liverpool terus cipta 'rekod' di Anfield

LONDON: Juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool melebarkan rekod buruk di laman sendiri selepas tewas 0-1 di tangan Fulham, sebentar tadi.

Ia kekalahan keenam berturut-turut yang dialami The Reds di Anfield musim ini dan kali ini paling memalukan kerana tewas kepada pasukan yang sedang bergelut dalam zon penyingkiran.

Jaringan tunggal Fulham yang dihasilkan Mario Lemina pada minit ke-45 sudah cukup untuk terus meletakkan skuad kendalian Jurgen Klopp berada dalam krisis prestasi.

Penjaga gawang Fulham, Alphonse Areola menumbuk bola ke kawasan selamat ketika diasak pemain Liverpool pada aksi perlawaan sebentar tadi. - Foto AFP
Penjaga gawang Fulham, Alphonse Areola menumbuk bola ke kawasan selamat ketika diasak pemain Liverpool pada aksi perlawaan sebentar tadi. - Foto AFP

Usaha Klopp yang memasukkan Sadio Mane, Alexander-Arnold dan Fabinho ketika perlawanan berbaki kira-kira 30 minit juga gagal mengelak skuad itu berdepan kekalahan paling memalukan.

Kekalahan kesembilan yang dialami Liverpool musim ini menyaksikan skuad itu kekal di kedudukan ketujuh dengan mengumpul 43 mata selepas 28 perlawanan.

Kegagalan The Reds menamatkan badi kekalahan di gelanggang sendiri turut menyebabkan peluang untuk mereka menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas semakin sukar.

The Reds kini ketinggalan empat mata dari Chelsea yang menghuni kedudukan keempat, dengan skuad The Blues memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan. - AGENSI

Berita Harian X