Sabtu, 27 Februari 2021 | 11:27pm
Pemain KL United FC meraikan kemenangan selepas menewaskan Selangor FC 4-2 menerusi sepakan penalti ketika perlawanan persahabatan Piala Prihatin Menteri Wilayah 2021 di Stadium KLFA, Cheras. - Foto Hairul Anuar Rahim

KL United benam Selangor FC

CHERAS: KL United mendapat tonik menjelang aksi Liga Super minggu depan apabila merangkul Piala Prihatin selepas menewaskan Selangor FC 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan, sebentar tadi.

Meskipun sekadar aksi pramusim, kemenangan itu pasti menyuntik moral buat skuad bimbingan Bojan Hodak yang kembali beraksi dalam saingan elit itu musim ini.

Pada aksi di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur itu, Selangor FC menurunkan dua import baharunya, Oliver Buff dan Tim Heubach namun penyerang baharu mereka, Shahrel Fikri Md Fauzi hanya bertahan tujuh minit sebelum dikeluarkan kerana kecederaan.

Pemain Selangor FC, Ifedayo Olusegun Patrick (kanan) berebut bola dengan pemain KL United FC, Daniel Sang Ting ketika perlawanan Piala Prihatin di Stadium KLFA, Cheras malam tadi. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM

KL United juga memandang serius aksi pramusim itu apabila menurunkan semua lima import mereka untuk berdepan cabaran The Red Giants.

Bagaimanapun, tiada aksi menarik dapat disaksikan pada babak pertama selepas kedua-dua pasukan tampak berhati-hati sehingga 45 minit pertama berakhir tanpa jaringan.

Meskipun beberapa percubaan dilakukan pada babak kedua namun gol yang diburu tidak menjelma dan keputusan 0-0 memaksa pemenang ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.

Pemain KL United FC meraikan kemenangan selepas menewaskan Selangor FC 4-2 menerusi sepakan penalti ketika perlawanan persahabatan Piala Prihatin Menteri Wilayah 2021 di Stadium KLFA, Cheras. - Foto Hairul Anuar Rahim
Pemain KL United FC meraikan kemenangan selepas menewaskan Selangor FC 4-2 menerusi sepakan penalti ketika perlawanan persahabatan Piala Prihatin Menteri Wilayah 2021 di Stadium KLFA, Cheras. - Foto Hairul Anuar Rahim

Berita Harian X