Ahad, 10 Januari 2021 | 7:30am
Scott McTominay (tiga dari kiri) menjaringkan gol ketika menentang Watford, awal pagi tadi. - Foto EPA
Scott McTominay (tiga dari kiri) menjaringkan gol ketika menentang Watford, awal pagi tadi. - Foto EPA

Tandukan McTominay benam Watford

MANCHESTER, United Kingdom: Scott McTominay meraikan tugasannya selaku kapten Manchester United buat kali pertama dengan menjaringkan gol tunggal ketika menang 1-0 pada pusingan ketiga Piala FA menentang Watford.

Ole Gunnar Solskjaer membuat sembilan perubahan terhadap pasukannya yang boleh berada di kedudukan teratas Liga Perdana awal pagi Rabu depan apabila mereka akan berdepan Burnley.

Scott McTominay menjaringkan gol tunggal Manchester United ketika menewaskan Watford. - EPA
Scott McTominay menjaringkan gol tunggal Manchester United ketika menewaskan Watford. - EPA

Tuan rumah bermula baik di Old Trafford, dengan Daniel James menyerlah di kiri dan McTominay memberikan gol pembukaan pada minit kelima.

Pemain antarabangsa Scotland itu yang baru-baru ini menjaringkan dua gol awal berdepan Leeds, menanduk masuk hantaran Alex Telles ke penjuru gawang.

Babak kedua di Old Trafford membosankan dengan Watford gagal mencari peluang bagi mengancam lawan.

Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer. - Foto AFP
Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer. - Foto AFP

"Perkara paling penting dalam perebutan piala ialah anda mara, jadi ia membuatkan semua orang gembira, tapi bagi saya tempoh 15-20 minit pertama adalah persembahan terbaik," kata Solskjaer kepada BBC.

"Saya rasa kami bermain baik, mencipta peluang dan kemudian membiarkan mereka kembali dalam perlawanan tapi kami mara." - AFP

Aksi Daniel James (kiri) melakukan rembatan cuba dihalang pemain pertahanan Watford. - Foto EPA
Aksi Daniel James (kiri) melakukan rembatan cuba dihalang pemain pertahanan Watford. - Foto EPA

Penyerang Manchester United, Anthony Martial dikasari pemain pertahanan Watford dari Chile. - Foto AFP
Penyerang Manchester United, Anthony Martial dikasari pemain pertahanan Watford dari Chile. - Foto AFP

Penyerang Watfordm, Andre Gray (kiri) bersaing dengan pemain pertahanan Manchester United dari Brazil, Alex Telles. - Foto AFP
Penyerang Watfordm, Andre Gray (kiri) bersaing dengan pemain pertahanan Manchester United dari Brazil, Alex Telles. - Foto AFP

Berita Harian X