Rabu, 6 Januari 2021 | 7:03am
Pemain Tottenham, Moussa Sissoko (tengah) meraikan kejayaan berjaya menyumbat gol pertama pasukannya ketika menentang Brentford, awal pagi tadi. - Foto EPA
Pemain Tottenham, Moussa Sissoko (tengah) meraikan kejayaan berjaya menyumbat gol pertama pasukannya ketika menentang Brentford, awal pagi tadi. - Foto EPA

Tottenham mara ke final Piala Liga Inggeris

LONDON: Son Heung-min membawa Tottenham Hotspur ke final Piala Liga Inggeris apabila gol penting pemain Korea Selatan itu memastikan kemenangan 2-0 mengatasi pasukan Liga Kejuaraan, Brentford di sini, sebentar tadi.

Moussa Sissoko meletakkan skuad kendalian Jose Mourinho di depan pada saingan separuh akhir di Stadium Tottenham Hotspur itu.

Namun Tottenham masih mencari gol selesa berdepan Brentford yang bersemangat sebelum Son meledak 20 minit sebelum tamat.

Tottenham akan berdepan Manchester United atau penyandang gelaran, Manchester City, yang bertemu pada separuh akhir kedua awal pagi esok waktu Malaysia pada final di Wembley 25 April nanti.

Pemain Tottenham Hotspur, Son Heung-Min (kanan) menjaringkan gol kedua pasukannya pada aksi separuh akhir Piala Liga Inggeris menentang Brentford di London. Spurs menang 2-0. - Foto AFP
Pemain Tottenham Hotspur, Son Heung-Min (kanan) menjaringkan gol kedua pasukannya pada aksi separuh akhir Piala Liga Inggeris menentang Brentford di London. Spurs menang 2-0. - Foto AFP

Ia akan menjadi final domestik pertama kelab berkenaan sejak tewas pada Piala Liga 2015 berdepan Chelsea, dan final pertama dalam sebarang kejohanan sejak kekalahan Liga Juara-Juara 2019 kepada Liverpool di Madrid.

Mourinho, yang dilantik pada November 2019, berharap dapat mengetuai Tottenham bagi meraih gelaran pertama sejak Piala Liga 2008.

Dia pernah menang kejohanan itu empat kali, yang pertama pada 2005 bersama Chelsea, selain menambah dua lagi sebelum bersama Manchester United pula pada 2017.

- AFP

Berita Harian X