BUENOS AIRES: Perkataan terakhir Diego Maradona sebelum meninggal dunia ialah: "Saya rasa tidak sihat."
Legenda bola sepak itu meninggal dunia kerana serangan jantung malam tadi.
Didedahkan Maradona, 60, mengambil sarapan pagi sebelum memberitahu anak saudaranya Johnny Esposito dia berasa tidak sihat dan mahu kembali baring.
Jururawat yang menjaga Maradona, selepas dibenarkan keluar hospital berikutan pembedahan, menghubungi ambulan dan segera bertindak.
Namun ia sudah terlewat dan bekas pemain bola sepak itu sudah meninggal dunia ketika bantuan tiba.
Tempoh beberapa jam terakhir bekas bintang Napoli dan Barcelona itu disiarkan di media Argentina dengan bedah siasat dijangka menunjukkan dia mengalami serangan jantung.
Dia dikatakan bangun pada sebelah pagi kelihatan pucat dan berkata dia merasa sejuk.
Dia kembali ke katil selepas mengambil sarapan pagi dan mengucapkan perkataan terakhir: 'Me siento mal' (saya berasa tidak sihat). - Agensi
Berita berkaitan: