Khamis, 5 November 2020 | 7:25am
Pemain perancang RB Leipzig dari Sweden, Emil Forsberg (tengah) menjaringkan gol kemenangan pasukannya menerusi sepakan penalti menewaskan penjaga gol PSG dari Costa Rica, Keylor Navas pada saingan Liga Juara-Juara di Leipzig, timur Jerman. - Foto AFP

Leipzig bangkit kejutkan PSG

LEIPZIG, Jerman: Penalti Emil Forsberg terbukti amat penting ketika RB Leipzig bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) 2-1, di sini, sebentar tadi, memberikan ancaman besar dalam Liga Juara-Juara kepada naib juara musim lalu itu.

Angel di Maria memberikan PSG kelebihan awal di Jerman tetapi selepas itu gagal menjaringkan penalti buat juara Perancis itu yang beraksi tanpa Neymar dan Kylian Mbappe kerana kecederaan serta menamatkan permainan dengan sembilan pemain.

Christopher Nkunku menyamakan kedudukan sebelum tamat babak pertama buat Leipzig dan Forsberg menyempurnakan penalti pada minit ke-57 sebelum pemain pelawat, Gana Gueye dan Presnel Kimpembe dibuang padang.

Bagi Leipzig keputusan itu adalah gambaran dendam mereka selepas tewas 3-0 kepada PSG dalam saingan separuh akhir musim lalu di Lisbon, Ogos lalu.

Ia juga membuka ruang dalam Kumpulan H selepas Istanbul Basaksehir mengejutkan Manchester United dengan kemenangan 2-1 di Turki.

Leipzig, yang tewas 5-0 di Old Trafford minggu lalu, kini sama enam mata dengan United manakala PSG dan Basaksehir dengan tiga mata.

- AFP

Pemain PSG, Idrissa Gueye (kiri) dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan ketika pertemuan dengan RB Leipzig, awal pagi tadi. - Foto AFP
Pemain PSG, Idrissa Gueye (kiri) dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan ketika pertemuan dengan RB Leipzig, awal pagi tadi. - Foto AFP

Berita Harian X