Rabu, 28 Oktober 2020 | 11:25pm
Ronaldo dan Georgina pada majlis bertemakan perkahwinan yang dianjurkan. - Foto YouTube dan MARCA
Ronaldo dan Georgina pada majlis bertemakan perkahwinan yang dianjurkan. - Foto YouTube dan MARCA
Ronaldo dan Georgina. Foto IG Georgina
Ronaldo dan Georgina. Foto IG Georgina

Ronaldo anjur majlis praperkahwinan

LONDON: Cristiano Ronaldo dan Georgina Rodriguez berkongsi kisah cinta mereka dalam video parti bertemakan perkahwinan bersama teman rapat mereka.

Bintang Juventus berusia 35 tahun itu mendedahkan pertunangannya dengan Georgina pada musim panas lalu dengan wanita itu turut menayangkan cincin permata berharga 615,000 pound (RM3.3 juta).

Dan bulan lalu, pasangan itu menganjurkan parti mewah untuk meraikan majlis perkahwinan mereka yang akan datang.

Ronaldo dan pasangannya itu menjemput kira-kira 20 teman rapat untuk menghadiri keraian terbabit.

Mereka bergelak tawa dan bergurau senda di atas meja panjang dengan ahli muzik melakukan persembahan.

Mereka turut menari dalam lautan bunga ros merah.

Pemain itu turut berkongsi video berdurasi empat minit itu di laman media sosialnya.

Bintang Portugal itu meletakkan kapsyen pada klip terbabit 'hidup ini lebih indah dengan insan yang anda sayangi.'

"Nikmatilah setiap detik ini dengan penuh kasih sayang dan kebahagiaan, Georgina.'"

Georgina turut berkongsi video terbabit kepada peminatnya dan menulis 'saya tidak akan berhenti mencintai kamu, Cristiano.' -Agensi

Berita Harian X