Rabu, 21 Oktober 2020 | 7:02am
Pemain Manchester United, Paul Pogba (kiri) dicabar pemain PSG, Neymar (kanan) pada aksi perlawanan awal pagi tadi. - Foto EPA
Pemain Manchester United, Paul Pogba (kiri) dicabar pemain PSG, Neymar (kanan) pada aksi perlawanan awal pagi tadi. - Foto EPA

Gol lewat Rashford benam PSG

PARIS: Marcus Rashford menampilkan satu lagi serangan lewat permainan bagi membantu Manchester United mengejutkan Paris Saint-Germain (PSG) 2-1 dalam saingan pembukaan Liga Juara-Juara, di Parc des Princes, sebentar tadi.

Penyerang England itu meledak pada minit terakhir bagi memberikan kemenangan buat United mengatasi PSG yang juga naib juara musim lalu.

Rashford menjaringkan gol pada minit ke-87 ketika skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer berhak memungut tiga mata dalam Kumpulan H.

"Masing-masing ada peluang untuk memenangi perlawanan. Sebagai penyerang apabila permainan semakin berakhir, anda mungkin hanya ada satu peluang dan anda perlu melakukan yang terbaik bagi merealisasikan," kata Rashford kepada BT Sport.

Terdahulu, United mendahului di Paris hasil penalti yang diambil kali kedua oleh Bruno Fernandes pada minit ke-23.

PSG tampak akan memperoleh keputusan seri selepas Anthony Martial menanduk masuk sepakan sudut Neymar yang menerjah ke gawang sendiri selepas 10 minit babak kedua permainan.

Kemenangan United ini nyata memberi kelegaan apabila menjadi tuan rumah kepada RB Leipzig, minggu depan. Leipzig menduduki tempat teratas Kumpulan H selepas menewaskan Istanbul Basaksehir 2-0. - AFP

Penyerang Manchester United, Marcus Rashford meraikan jaringannya ketika berdepan Paris Saint-Germain (PSG) di Parc des Princes. - AFP
Penyerang Manchester United, Marcus Rashford meraikan jaringannya ketika berdepan Paris Saint-Germain (PSG) di Parc des Princes. - AFP

Keputusan Liga Juara-Juara:

Kumpulan E

Chelsea (ENG) 0 Sevilla (ESP) 0

Rennes (FRA) 1 Krasnodar (RUS) 1

Kumpulan F

Lazio (ITA) 3 Borussia Dortmund (GER) 1

Zenit Saint-Petersburg (RUS) 1 Club Brugge (BEL) 2

Kumpulan G

Barcelona (ESP) 5 Ferencvaros (HUN) 1

Dynamo Kiev (UKR) 0 Juventus (ITA) 2

Kumpulan H

Paris Saint-Germain (FRA) 1 Manchester United (ENG) 2

RB Leipzig (GER) 2 Istanbul Basaksehir (TUR) 0

Berita Harian X