Isnin, 19 Oktober 2020 | 9:22pm
Mohd Shah Alias Mohd Norbit (baring) ketika menerima lawatan jawatankuasa Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia, sebelum ini. - Foto ihsan Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia
Mohd Shah Alias Mohd Norbit (baring) ketika menerima lawatan jawatankuasa Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia, sebelum ini. - Foto ihsan Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia

Mohd Shah Norbit meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Bekas pemain dan penolong jurulatih Selangor, Mohd Shah Alias Mohd Norbit meninggal dunia, hari ini.

Difahamkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.15 petang tadi.

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

"FA Selangor menghulurkan salam takziah kepada keluarga bekas pemain dan penolong jurulatih Selangor, Mohd Shah Alias Mohd Norbit yang menghembuskan nafas terakhirnya, pada hari ini (19 Oktober)," kata kenyataan FAS menerusi akaun Facebook rasmi mereka, hari ini.

Mohd Shah melakukan 65 penampilan untuk Selangor dan membantu skuad Gergasi Merah memenangi lima Piala Malaysia serta satu Piala FAM.

Allahyarham antara tonggak pasukan kebangsaan pada era 70-an terutama ketika berjaya menjinakkan Arsenal 2-0 dalam perlawanan persahabatan.

Selain itu Allahyarham juga pernah menjadi penolong jurulatih Selangor kepada Datuk Khaidir Buyong sehingga tahun 2000 sebelum melatih Melaka dari tahun 2001 hingga 2003, skuad wanita Malaysia (2006-2008), Angkatan Tentera dan SPA mulai 2013.

Malaysia berjersi putih menentang Arsenal pada 1975. Depan dari kiri, Shukor Saleh, Wong Choon Wah, Isa Bakar, Harun Jusoh dan Mohd Shah Norbit. Belakang (dari kiri), Namat Abdullah, R. Arumugam, Santokh Singh, Soh Chin Aun, Mokhtar Dahari dan Vincent Thambyrajah. - Foto Dunia Sukan Utusan

Dari kiri trio bola sepak Norbit bersaudara, Zulkifli, Jamaluddin dan Mohd Shah. - Foto Dunia Sukan Utusan
Dari kiri trio bola sepak Norbit bersaudara, Zulkifli, Jamaluddin dan Mohd Shah. - Foto Dunia Sukan Utusan

Berita Harian X