Sabtu, 17 Oktober 2020 | 6:58am
Kylian Mbappe (kiri) beraksi cemerlang dengan dua gol buat Paris Saint-Germain ketika menewaskan Nimes. - EPA
Kylian Mbappe (kiri) beraksi cemerlang dengan dua gol buat Paris Saint-Germain ketika menewaskan Nimes. - EPA
Pemain PSG, Pablo Sarabia (tengah) melorongkan bola kepada rakan sepasukan, Alessandro Florenzi (tiada dalam gambar) ketika menentang Nimes, awal pagi tadi. - Foto AFP
Pemain PSG, Pablo Sarabia (tengah) melorongkan bola kepada rakan sepasukan, Alessandro Florenzi (tiada dalam gambar) ketika menentang Nimes, awal pagi tadi. - Foto AFP

2 gol Mbappe bantu benam Nimes

PARIS: Kylian Mbappe tidak menunjukkan tanda keletihan apabila meledak dua gol pada perlawanan keduanya dalam tempoh 48 jam ketika Paris Saint-Germain menewaskan Nimes yang bermain 10 orang 4-0 hari ini seterusnya mengambil alih kedudukan pertama Ligue 1.

Penyerang Perancis itu meledak gol pembukaan pada minit ke-32 di Stade des Costieres dan kemudian sekali lagi pada penghujung saingan ketika Nimes gagal bangkit selepas pertahanan tengah, Loick Landre dibuang padang.

Alessandro Florenzi menjaringkan gol kedua PSG pada minit ke-77 dan Pablo Sarabia memberikan gol keempat buat juara bertahan itu ketika PSG mengatasi Rennes menerusi perbezaan gol selepas lima kemenangan berturut-turut.

"Saya bercakap dengan Kylian semalam, dia memberitahu dia rasa bagus dan memang mahu bermain," kata jurulatih PSG, Thomas Tuchel.

"Dia adalah pemain yang sentiasa memberikan perbezaan dan dia baharu saja melakukannya."

Pemain baharu ditandatangani, Moise Kean dan Rafinha membuat penampilan sulung bersama PSG dengan tuan rumah kehilangan beberapa pemain selepas rehat perlawanan antarabangsa dan hanya empat hari sebelum kunjungan Manchester United bagi saingan Liga Juara-Juara. - AFP

Berita Harian X